Thursday, 26 October 2017

Mencari Hikmah


Otw balik ke kolej, tiba-tiba teringat sesuatu. Dicari dalam beg tidak jumpa. Cari lagi dan lagi, untuk confirmation, then tidak jugak dijumpai. Terus taip di dalam group, 

Kepada sesiapa yang ada ternampak cable USB warna hitam original boleh bagi kepada saya semula ye :( 
Esok paginya, program bermula. Sambil-sambil itu cuba mencari di ruang ruang yang dilalui. Tiada. Hampa. Habis program, masih mengingatkan orang lain, seandainya ada terjumpa sangat mengalukan untuk memulangkannya semula. Then hampir putus asa, hanya satu tempat saja belum dicheck, malam tu terus message Ustaz untuk tanya, dah dapat kebenaran, esoknya bergegas ke tempatnya. tapi keputusannya tetap mengecewakan. 

Sedih. Kecewa. Tak tahu macam mana nak digambarkan. Terlalu sayang tali tu, dan sangat sayang bila tahu ianya hilang lagi lagi ianya tali original untuk hensetku. Pasrah. Masih berharap pada doa tapi masih cuba untuk menyediakan hati untuk redha.

Saban waktu cuba mencari hikmahnya. Maybe Allah sedang mengajarkan ku sesuatu. Walau peluangnya tipis tapi ku tetap percaya pada kuasa doa, andai takdir tetap tidak menyelebahi diriku, ku cuba redha dengan ketentuannya, dan ku yakin ada sesuatu yang ingin dia ajar kepadaku.

~ Yang tetap belajar