Sunday 19 August 2012

~riang ria raya~



1 Syawal 1433h

"Arisya!cepat turun...awat lama beno mu tukar baju..."
"kejap!!!"laung Arisya.

Di badannya tersarung baju jubah maroon,tema keluarganya tahun ini,hatinya tiba-tiba dihimpit rasa sayu,memikirkan ramadhan yang sudah berlalu,diterimakah amalanku sepanjang itu?adakah ku akan terus amalkan apa yang sudah dilakukan dulu?

"Arisya!jom cepat nak pergi solat kat masjid ni!"
"Baik!"

Setelah selesai solat sunat raya...

"Aik!kenapa akak tu tak rapatkan saf,eh..saf belakang pun terputus?"komen kakakku.

Inilah fenomena sekarang,solat jemaah tidak diselami sebaik mungkin,membuatkan kita rugi daripada menjadi orang mukmin.Merapatkan saf mengutuhkan ukhuwwah,membina masyarakat mukminah...

duhai muslimin dan muslimat…
marilah kita renug2kan amalan solat,
kerna ia yang pertama disoal di akhirat,
tiada guna hidup di dunia andai solat tidak lekat,
membuat hati bertambah berkarat,
hidup langsung tidak berkat.

Hayatilah fadhilah solat berjemaah bersama-sama,
Agar kelak kita peroleh manfaat yang berlipat ganda,
Ummah berjaya ukhuwwah sampai ke syurga,
Indahnya hidup mengamalkan islam di mata dunia.


Monday 13 August 2012

erti sebuah KEGAGALAN!


Tersenyum dirinya melihat gambarnya dengan segulung ijazah di University of Yarmok,Jordan. Hasil penat lelah Arisya mentelaah pelajaran,berhempas pulas menghabiskan ulangkaji membuahkan hasil,benarlah kata ungkapan ini من جد و جد.

Mengimbau kembali zaman silamnya,menyingkap kembali memori lama,menyedarkan dirinya bertapa saat ingin  mengapai impian setinggi awan bukan semudah memetik bunga di taman.

Berapa kali dirinya jatuh tersungkur dan bangun semula menongkah ujian sehingga akhirnya berjaya berdiri seutuh ini,inilah kehidupan…hanya manusia yang bersusah dahulu yang mendapat kesenangan masa sekarang.

Air mata inilah yang sering mengiringi perjuangan dirinya dari mula dia kenal erti kehidupan,bukan air mata kelemahan tapi air mata kekuatan,kekuatan untuk kembali bangkit dari kelemahan.
“GAGAL sekali tidak bererti kita GAGAL selamanya”,kata azimat yang Arisya pegang saat diri ditimpa kegagalan….
“ Arisya Humaira’!!”
Hati berdebar menanti keputusan peperiksaan semester yang lepas…

“Ya Allah!kuatkan hati ku ini,cantumkan lah kembali hati ku yang sudah berkecai ini,aku tidak mampu hadapinya tanpa pertolongan darimu”
Kolam air mataknya tidak henti-henti berlinang,keputusan yang tidak pernah dia jangka,dirinya sangka  sudah lakukan yang terbaik dan bertawakal sebaik mungkin…saat itu hanya padanya sahaja tempat mengadu..
“Arisya…jangan sesekali kita rasa sudah cukup dengan usaha yang kita telah lakukan…DIA bagi arisya gagal kali ini mesti ada sebab…setiap sesuatu pasti ada hikmah.”nasihat ibu Arisya.

“We can’t have happiness without pain,and we can never have beautiful rainbows without rain.”
Kegagalan yang DIA beri pada Arisya mengajar dirinya agar jangan mudah rasa cukup dengan usaha yang sudah dia lakukan,kegagalan merupakan salah satu ramuan masakan dalam kehidupan,manusia yang bijak,dia mengunakan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuknya lebih berjaya.
Lihatlah sahaja kisah-kisah mereka yang sudah berjaya menempah tiket kerjayaan seperti Bill Gates,Thomas Edison dan yang paling utama, nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Semua tokoh-tokoh ini pernah mengalami KEGAGALAN,jadi apabila kita GAGAL,tidak bererti itu ialah pengakhiran perjalanan kehidupan.
Perjalanan kehidupan kita masih lagi panjang,apabila kita mula merasai nikmat manisnya sebuah kepahitan itu petanda kita semakin matang.

Saturday 4 August 2012

Di mana Ukhuwwah kita?




Situasi 1
“Arisya larat tak tu?soal Humaira’
“Eh tak mengapa…sikit je barang ni…”
“Biarlah saya tolong angkat satu”
Barang itu beralih tangan. “Jazaklillah Sahabat”
Jika kita seorang ialah sahabat,kita akan menghulurkan tangan dahulu sebelum dipinta dihulurkan tangan.
Situasi 2
Jam 5.00 pagi
“Arisya,jom bangun solat!”ajak Humaira’
*mengeliat
“Arisya…Jom!
Jika kita seorang sahabat,kita akan mengajak bersama-sama sahabat kita menuju ke jalan syurga.
Situasi 3
“Arisya,panasnya badan….sudah makan ubat belum?”sapa Humaira’ lembut.
“Belum..*geleng Arisya kelesuan.
“tidak mengapalah,tunggu nanti Mai masak bubur ya..lepas itu makan ubat.”
Jika kita seorang sahabat,kita akan mengambil berat soal kesihatan jua kita akan turut mendoakan kesejahteraannya .
Situasi 4
“Hari ini biar Mai yang masak untuk berbuka ye”ujar Humaira’
“Eh,tidak mengapalah…biar lah Arisya yang masak..kan ini turn Arisya..”
“Arisya kan baru lepas program…penat kan?demi dirimu Mai sanggup.”tersenyum Humaira’.
Jika kita seorang sahabat,kita akan memahami riak perasaan dan kepenatan sahabat kita di kala dirinya kepenatan atau kesempitan.


Situasi 5
“Is ok Arisya,just cry…I am always be with you.”pujuk Humaira’.
Jika kita seorang sahabat,kita akan rela memberi sahabat kita meminjam bahu kita saat dirinya ditimpa kesedihan.


Sahabat,
Andai kau tahu apa erti sebuah persahabatan,
Kau kan selalu cuba memahami perasaan,
Bersama berpimpin tangan mengapai redha tuhan,
Mengajarku mengenal erti real kehidupan.
Sahabat,
Sudah terpatri janji antara kita,
Yang akan bersemi sepanjang usia,
Saling bantu-membantu menongkah arus dunia,
Demi mencapai cita-cita yang tercipta.
Sahabat,
Maafkan daku andai dirimu pernah terluka,
Di atas khilaf dan kesilapanku sebagai manusia,
Maafkan diriku kerana tidak cukup sempurna,
Buat dirimu yang cukup bermakna.