Friday 30 November 2012

bibir tersenyum ceria,hati menangis menderita

tika arisya sedang membelek2 buku di rak buku,ttbe die terpandang sebuah buku ini,hati dia mula kehairan apabila mmbaca tajuk buku itu,mana tidaknya mana mungkin ssorg apabila dia tersenyum ttpi sbnarnye hati dia menangis..

maka dia baca buku itu,mencari makna disebalik kata..

satu kisah dinukilkan..

seorg wanita pelayan di restoran,akibat tekanan kerja,kadang2 dia stress,hati dia sering dihiris2,kerna saban hari asyik dimarahi oleh majikan,mmbuatkn dia x tahan..

hatinya menderita,namun ingin berhenti xmampu,kerna hidupnya susah,dan skrg bkn mudah utk mndpt kerja lain,tekanan perasaan menghimpit jiwa..

maka,dia terhimpit dgn kerja dan perasaannya..mskipun menderita tetapi kerjanya menuntut dia sntiasa ceria.

dijiwa arisya terhimpit kasihan,tapi bahagia di jiwa boleh di cari bukan?maka dia  teruskan pembacaan demi mencari jawapan..

kata pengarang:
ingin bahagia,bahagiakan dirimu dgn membahagiakan yg lain..
cakap mudah,tapi pratiknya payah,tapi itu lah lumrah hidup,tiada yg senang dlm kehidupan,semuanya menuntut pengorbanan..

konklusinya ada dlm diri,
iaitu baiki diri,tingkatkan prestasi,dekati llahi yg penting jagalah HATI..

Wednesday 28 November 2012

Running Man

di taman permainan..
 humaira: eh dh tgok RM yg bru?
 arisya: owh dh keluar ke?erm..belum.awk dh ke?
 humaira': erm belum juga..btw,ade seorg sahabat kita ni tanye,ape baiknya kita tgok RM tu?

dush!arisya bagai terpukul dengan soalan tu..

sedang malam mula menyelimuti dunia,dan tika ahli keluarganya sedang enak diulit mimpi,arisya masih lagi terkebil2 di atas katil,matanya berdegil untuk dilelapkan..ah!ini semua gara2 soalan mmbunuh daripada humaira' petang tdi..

arisya mula bangun dari pembaringan,memikirkan tentang jwpn bg soalan itu,dia tidak akan semudah meletakkan benda itu baik atau tidak tanpa sebarangan..

maka dia bertanya pada fatwa hatinya,,

jadi bagi pandanganya..

jika kita ingin menonton RMitu,silakan..tapi pandai2lah jaga masa kita,jangan disebabkan itu,kita leka dan alpa,leka dari menunaikan tuntutan wajib dan meremehkan perkara yang lebih patut diberi keutamaan.
tamsilnya mudah,saat kita ditindih dengan pelbagai keje2 yg mengunung,saat buku2 sudah memanggil utk diselak kerna exam makin menjelma,saat ibu kita meminta hulurkan bantuan keringat,saat berkumandang suara azan menyeru umat islam menyahut seruan ar-rahman,saat itu tidak boleh la kita beri keutamaan RM daripada semua itu..iyakan?

dan bagi pandangan dia juga, apabila menontonnya kita perlu sentiasa mencari kebaikan yang ada..

terdiam seketika,ada ke ya?

episod bersama park tae hwan,seorang atlit renang korea dalam peringkat olimpik..

bertanya salah seorang daripada permain2 RM , bagaimana dalam setiap permainan,selalunya dia pasti dapat kemenangan?
jawapannya,sbb setiap kali dlm permainan dalam pemikirannya hanya memikirkan kemenangan..
serupalah dalam satu lagu ini..

"jika kau fikir kau boleh,
kau pasti boleh lakukan,
jika kau fikirkan kemenangan,
kau hampiri kejayaan"

jadi tak lain tak bukan kuasa minda sangat mempengaruhi segala tindakan..ianya juga mengajarkan kita sebagai seorang muslim agar sentiasa berfikiran POSITIF kn?

lihatlah juga tika permainan rips name tag, kim jong kook yang kuat dan lee kwang so yang tangannya panjang,mereka sentiasa mengunakan kelebihan mereka dalam permainan untuk perolehi kemenangan..
jadi kita sebagai muslim juga perlu begitu,gunakan kelebihan yg kita ada untuk disumbangkan kepada islam..

banyak lagi kebaikkan2 yg ada,hanya kita sahaja yg perlu berfikir..
marilah kita menjadi org yg sentiasa berfikir,berfikir utk umat,tanpa mengabaikan syariat.. 

Tuesday 27 November 2012

hati miskin hati kaya,yg mana?

di petang,arisya sedang sibuk membantu emaknya di dapur...
sambil membuat kerja sambil itu dia menadah telinga mendengar pengisian di radio..

"hati miskin akan menyebabkan seseorang itu apabila dipuji terasa bangga diri bila dikeji terasa sakit hati,namun hati kaya akan menyebabkan seseorang itu apabila dipuji dia kembali pada illah bila dikeji sentiasa berlapang diri"

oh hati..bagaimana keadaanmu?miskin atau kaya?

"andai ingin menjadi hati yang kaya,maka jagalah solat kita"

betapa besarnya impak solat dalam kehidupan,bukan sahaja dapat ganjaran akhirat,namun membentuk hati yang penuh keimanan..






Monday 19 November 2012

Hijrah Hati,harus bagaimana?


1434h,sudah membuka tirainya..

saat itu arisya mula merangka hijrah yg ingin dilakukannya..berhenti sejenak berfikir sambil mendengar radio,pengisian daripada ustaz Pahrol..

sedang asyik mendengar dan mencerna maklumat yg disampaikan,hatinya tiba2 tersentak apabila mendengar butiran daripada ustaz pahrol..

"jika kita ingin baiki dunia,kita perlu baiki manusia,jika kita ingin baiki manusia,kita perlu baiki hatinya,jika kita ingin baiki hatinya,baikilah SOLATNYA"

hati?bukan semudah utk dibaiki,kerna kita hanyalah manusiawi,yg hatinya sering turun naik,dan berbolak- balik..

maka baikilah solat kita dahulu,agar hati mudah dipandu..

jika kita sebelum ini selalu solat lima waktu,selepas ini kita pastikan pula kita sering solat awal waktu..
fahami,hayati serta mendalami makna setiap bacaan solat juga pergerakan yang terkandung dalam solat.

hijrah hati kita dengan menghijrahkan solat kita..
andai solat dapat dijaga..insyaallah hati akan terpelihara dari mengingati perkara yg alpa kepada mengingati hanya yg esa..

Saturday 10 November 2012

islam vs Islam




ku berhenti seketika dari menulis,mengeliat ke kiri dan kanan,melegakan seketika urat sendiku..terus ku capai earphone di sisi,saat itu berkumandang di corong radio sebuah lagu yang cukup ku gemari sejak kecil lagi..

lahirku ke dunia 
ku disambut penuh syukur 
bisikan azan ke telinga 
hikamah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia 
ku diasuh mengenal Allah 
ku diajar sebut namaNya 
juga nabi rasul mulia 

sejenak kemudian,aku terdiam berfikir tentang lirik lagu ini..
jika diperhatikan maksudnya cukup menusuk kalbu andai kita selaminya dengan sebenar-benarnya..

YA!kita dilahirkan ke dunia dengan islam sudah ada di jiwa,dengan ibubapa yang sudah berilmu agama,namun jika dibilang berapa ramai yang mengamalkan cara islam apabila dia sudah islam.
itulah bezanya islam di atas jiwa.dengan Islam di atas nama..

bersyukurlah kita kerana kita sudah lahir2 menjadi islam disisinya,jadi harus bagaimana menunjukan kita sudah bersyukur dengannya?sudah tentu dengan amalkan islam dalam kehidupan,mengikuti perintahnya serta menjauhi larangannya..

jadi adakah kita benar2 sudah bersyukur dengan NIKMAT ISLAM ini..

ayuh!kita check amalan seharian kita..di situ kita temui jawapannya..

solat subuh?pukul berapa?ketika bangun itu,bagaimana perasaan kita,malas?liat?tika solat itu,bagaimana keadaan kita,nk cepat2 siap?mata terpejam dek masih lagi ngantuk?malam tadi bangun tahajud ke?solat taubat berapa kali lakukan?

moga kita sentiasa menjadi mukmin yang hari in lebih baik dari semalam..

Tuesday 6 November 2012

sungguh ruginya diri ini


loceng jam berbunyi takala tepat jam 4.00pagi,serentak dengan itu berdering henset arisya,perlahan2 matanya dibuka,digapainya henset disisi,

ONE MISS CALL,ONE NEW MESSAGE

humaira':arisya jom bangun qiam.

matanya masih berdegil untuk dibuka,erm..sekejap lagi la..

tidak lama kemudian,
ya,allah!dah 5.30am,aduh!terlepas...

saat itu fikirannya mula teringatkan kata2 murobbinya tika dahulu..

"di saat kamu masih remaja ini,rebutlah peluang masa ini untuk sentiasa bangun malam,kerana kelak kamu tidak tahu keadaan kamu pada masa depan,larat ke lagi nak bangun dari katil?sihat ke sakit?hidup ke mati?

ya,allah..
sungguh ruginya hambamu ini,
tak pernah hargai saat usia remaja kini,
sedangkan banyak kelebihan andai ku ingati,
hawa nafsu dapat ditumbangkan,
dunia dapat dikalahkan,
berikanlah peluang buat diriku,
untuk menbaiki silap dan laku.

Sunday 4 November 2012

sekeping hati,milik siapakah ini?

jam di dashbord kelihatan menunjukkan pukul 10.30am

saat ini memang waktu kegemaran arisya untuk melayari internet,dibukanya semua laman kerna ingin mencari secebis ilmuwan,tidak lupa juga dibuka laman muka buka,kerna ingin bersua dengan kwn2nya di situ.

tiba2 matanya tertacap sebaris nama seorang insan,hatinya berdetak laju,
kekunci 'enter' teragak2 ingin ditekannya.

hati nya mula berperang:
 "untuk apa aku buka lamannya"

 "mana boleh,tiada keperluan"

"aku bukan buat apa2 pun,saja ingin menilai dirinya"

"perlukah berbuat begitu?"


akhirnya...
pap!butang 'enter' ditekan,

"argh!aku kalah dengan hawa nafsu"sesal arisya.

YA! hati kita sering direbut oleh dua jiwa,jiwa kita atau jiwa hawa nafsu yang dusta.

tepuk dada tanya hati,milik siapakah dirimu ini,
marilah bersama kita perisaikan hati dengan iman,
sematkan mujahadah lakukan amalan kebajikan,
zikir harian jua bangun malam menghadap tuhan,
agar hawa nafsu bisa dapat dikalahkan,
dan jiwa2 kita dapat diselamatkan.

jagalah hati kita,kerna ia raja dalam diri kita.
andai baik hatimu,maka baiklah segalanya..