Thursday 6 July 2017

Sekilas Tahun 3 :)

Alhamdulillah dan segala puji-pujian kepadaNya yang membantu dan mengizinkan diri ini menghabiskan detik-detik tahun 3 dengan pelbagai lakaran kenangan dan memori terindah. Tahun 3, Tahun Terakhir join SUKEP ( walau tak dapat jugak join ), Tahun terakhir merasa Ramadhan di bumi USIM.

Menginjak ke tahun tiga bagiku sangat mencabar. Pelbagai expectation yang telah diletakkan. Antara semestinya daripada Lecturer kami sendiri, hampir ke semua sesi pembelajaran kami, lecturer akan tanya pendapat kami, respond kami. Dan paling meletakkan high expectation semestinya Ustaz Wan, beliau sangat mengharapkan kami ni nanti bakal mengantikan mereka, kerdil sangat rasa. Ilmu mereka bagai gunung kami pulak ibarat sebutir pasir. 

Tahun yang sangat hectic dengan pelbagai program di atas sebab mempunyai komitmen kecil di banyak tempat persatuan. Lepas satu program sambung lagi satu program, dari dunia perdebatan hinggalah dunia kesukarelawanan. Alhamdulillah walau tidak memegang mana mana tugas berat memberi peluang untukku mencurah bakti di pelbagai tempat dan terus menimba pengalaman. Moga masih diberi peluang pada masa akan datang.

Dan tahun ini jugak, tahun getir untutkku membuat satu keputusan yang sangat penting untuk masa depanku. Next sem, Thesis. Doakan saya.