Tuesday, 22 January 2013
sahabat sampai ke syurga
sahabat,
saat mula perkenalan kita tak pernah ku lupa,
ku hulurkan salam kau sambut salam huluran,
saat terindah tika kita berjuang di tingkatan lima,
bersama menempuh segala dugaan dan cabaran,
menangis bersama bergelak jua bersama,
meskipun persahabatan kita teruji oleh tuhan,
namun kemanisan persahabatannya sampai ke hari ini jua,
sahabat,
moga hari ini menjadi hari yang bermakna buat dirimu,
moga hari ini dirimu sentiasa gembira bersama sahabat2mu di sana,
moga hari ini meskipun sudah bertambah usia amalanmu jua turut serta,
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE-19
sahabatku,
Aisyah Nasyeethah
Friday, 18 January 2013
curahan air wudhu'mu
jam menunjukkan pukul 3 petang,tak lama lagi adik kesayangannya bakal pulang dari persekolahan..
"assalamualaikum!!!"
hah!dah sampai pun!
"adik dah balik!!"
"kakak,nah ini buku yang akak pesan hari tu"
"owh,terima kasih adik kecil!"
tidak sabar dirinya mahu membaca segala isi kandungan dalam buku itu,nikmatnya bila meneguk ilmu milik yang esa!
satu lebaran muka surat dibuka,tajuknya memukau dirinya,mari sucikan diri dengan berwudhu'
jika kita fahami secara amnya,wudhu' merupakan salah satu syarat sah solat kita,namun sejauh mana diri kita memahami setiap gerak geri basuhan wudhu' kita.
sebenarnya apabila kita berwudhu' kita bukan sahaja telah menyucikan anggota badan kita,malah kita mampu menyucikan rohani kita.
saat kita mula mengambil air bagi berwudhu',berkumur2 dgn air jernih itu,berdoalah agar kelak lidah kita menjadi lembut basah dengan ayat suci kalamullah,saat kita mula membasuh tangan kita,bayangkan dan berdoa moga kelak di padang mahsyar,tangan kanan kita yang menyambut huluran catatan amal kita,saat muka kita dibasuh suci,berdoalah agar kita mampu mencium haruman syurgawi,saat air basuhan di kaki mula menyinggahi,berdoalah agar kaki ini kelak mampu bergerak berlari sepantas kilat di titian sirat nanti.
ayuh bersama2 kita pertingkatkan kualiti amalan pada illahi dgn kita cuba menyelami makna setiap basuhan wudhu' pada anggota diri,insyaallah ia bukan sahaja mampu menyucikan hati dan rohani malah menghadirkan khusyuk dlm diri ketika solat nanti.
Saturday, 5 January 2013
bekerja,cari tempat yg utamakn solat kita.
selesai memasuki kelas yang terakhir..
arisya terduduk kepenatan,dicapai botol air dihadapan..
tugas mengajar,bukan mudah seperti yang disangka..
dalam masa mengajar, kita juga perlu mendidik anak murid dengan tarbiyah..
dicapai pula buku persediaan mengajar di hadapan..melunaskan sedikit kerja yang berbaki..
ditilik jam,ada lagi beberapa minit sebelum azan berkumandang..
allahu akhabar..allahu akhbar..
arisya terus berhenti menulis,kemudian terus menuju ke tempat ambil wudu'..
dilihatnya semua asatizah2 yg lain turut begitu..
indahnya suasana ini..semua lebih terdahulu mendahulukan seruan illahi..allahu akhbar!
your life your choice..
hidup in adalah pilihan..
dan kita berhak untuk membuat pilihan..
dan apakah pilihan kita antara suasana kerja yang membawa ke syurga dan suasana kerja yang tak pasti boleh kah bawa kita ke syurga..???
andai tempat kerja kita ramai yang tidak menitik beratkan soal solat,apakah kita rasa itulah jalan penyelamat?
mari bermuhasabah,hanya dengan mendahulukan allah,segala urusan menjadi mudah,hanya meletakan keutamaan beribadah,segala kerja bertambah barakah!

Subscribe to:
Posts (Atom)