Sunday, 28 April 2013

syukur,mudah?

selepas selesai makan..

aduh!sakitnya perut.." perut mula meragam,setiap kali makan,pasti aku akan berlari ke tandas.sakit dan pedih.malam itu pula,suhu badan ku mula menaik,kepalaku mula dedar.

aku mula muhasabah,bagiku ini adalah ujian dia untukku,mungkin kerana sebelum ini aku menyalah gunakan nikmat makan yang diberi olehnya.

aku juga teringat sebelum ni,aku pernah sakit gusi kerana gigi baru nak tumbuh.memang sangat sakit sampai sukar untukku bercakap.tika itu juga aku terfikir mungkin allah nak aku berpuasa dari berkata2,mungkin tika itu aku banyak berkata sia-sia.

bila dalam keadaan seperti ini,aku mula terfikir,kesakitan yang aku alami ini hanya sedikit sahaja berbanding mereka yang lain.maka seharusnya aku bersyukur dan tidak merungut.

"ya allah hindarkanlah aku dari menjadi seorang hamba yang mendustai nikmatmu"

ingatlah,

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. ( Saba’ : 13 )

moga kita sentiasa tergolong antara hambanya yang bersyukur.

Monday, 22 April 2013

manusia vs haiwan





pada waktu pagi..

"eh epal shibi shiro dah habis la.."ujarku.ku bergegas ke dapur bagi memotong sebiji epal buat haiwan peliharaan keluarga ku itu.

asyik melihat mereka makan,ku terlihat si ibu,turun perlahan2 dan penuh hati2 kerna anaknya ada di poket bawahnya.

"sayangnya shibi(ibu) kat anaknya.."kata adikku.

aku tersenyum,kemudian adikku menyambung.. "haiwan pun reti nk sayang anak kan?tpi kenapa ada sesetengah manusia tak sayang anaknya?

senyuman ku mula kendur,benar kata adikku.manusia sekarang kadang2 boleh disifatkan lebih hina dari haiwan.sebab apa,sebabnya manusia ada akal tapi haiwan tak ada akal.namun manusia telah menyalah guna nikmat akal kurniaan yang maha esa.mengunakan akal mengikut hawa nafsu yang melulu.

masalah yang menimpa dunia kini,melanda ummah masa kini,itu tugas kita membantu membaik pulihnya,tugas ini bukan tugas ustaz/ustazah sahaja,tapi kita semua..


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolong berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2)






Monday, 8 April 2013

merindui mereka..

saat aku memasuki ke tempat itu,bermacam perasaan bercampur baur..takut cuak gembira semua ada..meskipun ada sesetengah kenalan sudah ku kenali..namun masih ada juga yang baru kenal..seronok duduk sana??seronok!seronok sangat..ukhuwwah sangat erat,walaupun sebenarnya kami semua baru kenal..meskipun berbeza negeri dan bahasa..tapi semua rapat macam da lama..!!

saat kami semua ingin berpisah..setiap hari kami menghitung hari dan masa..berpisah??pahit sangat2 buat kami semua..mana tidaknya kita jatuh bangun nangis gelak ketawa bekerja study makan tido semua bersama!tapi hakikat ini kami perlu terima..air mata jatuh berlinangan,sebak menahan hiba..sorang ke ganu,dua org ke johor dan 2 org ke selangor..

saat itu aku teringat kata2 murobbiku..
"Disaat antum sampai di muka pintu rumah, saat itu juga ada yang mungkin akan teringat akan PSI. Mungkin boleh sampai berhari-hari, dan mungkin juga boleh sampai bertahun-tahun, sebab apa, sebab disinilah pertemuan pertama kita, kita berukhuwwah hanya keranaNYA"

ya memang benar!segala lipatan kenangan kami di situ..takkan kami lupa..PSI tetap di hati..


Ku terkenang masa lalu,
Masa kita berganding bahu,
Berjuang menuntut ilmu,
Demi..
Mencapai impian yang satu..

Kita berjumpa di sini,
Berkenalan dan mengenal erti..
Bersahabat berpaksikan illahi..
Meskipun..
Kita berbeza tali persaudaraan..
Berbeza tempat persekolahan..
Namun..
Tiada jurang yang memisahkan kita..
Untuk bersatu berukhuwwah kerana DIA.

Saatku bergelumang dengan dosa,
Kau ingatkan ku dengan yang MAHA KUASA,
Saat hatiku mendung tak ceria,
Kau hadir beri bahagia,

Oh sahabat..
Akan ku ukir namamu..
di pintu syurga milik yang satu..
Oh sahabat..
Ku ingin dirimu tahu..
Ku sayangkan dirimu..
Sampai penghujung waktuku..

Meskipun kini kite terpisah jauh,
Namun.. ku tetap berdoa pada yang ESA,
Moga kita ketemu semula,
Walau tidak di dunia,
Ku menanti di syurga..