Monday, 24 June 2013

madrasah tarbiyah

saat sedang jari jemari rancak bermuka buka,satu notification muncul,komen dari adik junior tika di aspuri dahulu..

"subhanallah akak,dari kecil sampai ke besar dalam tarbiyah!"

tika itu ku baru tersedar..rupanya sejak umur ku menginjak 6 tahun sehinggalah umur ku 18 tahun,ku dihadiahkan allah berada dalam biah solehah dan penuh hujan2 tarbiyah.

namun sapa jangka,ku mula mengenal tarbiyah itu bila?terjentik dengan hikmah tarbiyah itu bila?meski keadaan sekitar ku cukup baik,namun pemegang hatiku bukanlah diriku,tapi DIA yang maha berkuasa!

Dan demikianlah pula Kami menurunkan AL-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata dan sesungguhnya ALLAH memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya)
( surah  al-hajj, ayat 16 )

masyaallah!!kalau diikut hatiku,ya allah!ruginya diriku ini,hanya sedar erti tarbiyah tika umur ku meningkat 17 tahun!

sewaktu ku mula di tingkatan lima,tika itu ku duduk di asrama sekolah.tika itulah bermulanya perubahan dalam diriku.yang telah mengubah seratus peratus pandanganku terhadap tarbiyah dan dakwah!

kalau sebelum ini,bila sesiapa bercakap mengenai tarbiyah,masyaallah tuhan je tahu bagaimana jengkilnya hatiku.namun kini segala2nya sudah berubah.

"ya allah terima kasih atas nikmatmu ini,tetapkanlah aku sentiasa teguh dalam jalanmu ini"

jelas,sebenarnya,kita dalam islam sebenarnya kerana DIA,kita kenal islam kerna DIA,kita takda kuasa dan daya.

dan sebenarnya tanpa kita sedar,setiap dari kita telah allah kurniakan madrasah tarbiyah,yang ianya muncul setiap setahun.

ya itulah dia ramadhan kareem.inilah madrasah tarbiyah terangung kita!cumannya samada kita merasai nikmatnya atau tidak.namun kita seharusnya berusaha untuk merasai nikmatnya.dengan bagaimana?

berdoalah kepadanya..kerna apa?kerna hati kita milik dia!

Saturday, 8 June 2013

maidah cuisine


selepas berjam2 di dalam kereta,kami sekeluarga singgah di restoran tempat abang ku berkerja,Maidah cuisine.

bukan ingin mempromote restorannya yang sedaaaap makanan nya,tapi mempromote disebalik restoran ini.
alhamdulillah restoran ini pemiliknya org melayu,dan saya kira cukup baik orgnya.

apa yang saya sangat kagum,restoran ini,bila waktu solat mula menjengah,segala aktiviti dehentikan,kedai akan ditutup sebentar,mereka akan bersolat jemaah!

bukan setakat tu je,mereka akan membuat ceramah panggil ustza2 beri pengisian!allahuakhbar!

saya juga teringat sebuah kedai sukan,yang saya kira semua kenal dan tahu namanya, kedai al-ikhsan.kedai ini telah mencipta kejayaan yang besar dalam perniagaan.bila dilihat cara mereka laksanakan perniagaan,allah!memang terbaik!

maka aturannya mudah,tidak kira apa profesion kerja kita nanti,sebagai guru , QS ustaz , pendakwah , doktor , pelajar buatlah kerja kita kerana DIA.

tajdid NIAT dari mula berkerja,andai itu asasnya insyaallah kita akan takut melakukan penyelewengan hatta membelakangkan tuntutan wajib dalam islam.

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).
Maksudnya:
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
waallahu 'alam.

Tuesday, 4 June 2013

tiada yang sia-sia

di televisyen,tayangan national geographic ditayangkan..

"ular ini sangat berbahaya,siapa yang terkena bisanya boleh membawa maut.dan dari dahulu sehingga sekarang,ular ini telah membawa beribu-ribu kematian kepada manusia."

kakak: ish takutnya,tapi kenapa dia ada kat dunia ni?

rupa-rupanya..

"seorang lelaki menghidap penyakit sesak nafas akibat jantungnya tidak dapat berfungsi dengan baik,setelah kajian dibuat,bisa ular itu boleh membantu penyakit lelaki itu"

subhanallah!!
hebatnya ciptaan allah,aku mula teringat tika aku berusrah dahulu..

naqibah ku berkata: pernah tak kita terfikir,kenapa ada khinzir kat dunia ni?kita haram makan khinzir,khinzir jugak suka pada benda kotor..tapi allah tetap ciptakan ia?

kami semua terdiam,memikirkan jawapan.

kemudian naqibahku menjawab,disebabkan khinzir itu suka benda kotor,maka secara tidak langsung dia telah membersihkan tempat yang kotor!

lihat,setiap ciptaannya ada peranan,maka jadilah kita org yang berakal,yang sentiasa menghayati ciptaannya!
subhanallah!subhanallah!

“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “ Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”[Surah Ali Imran (3) ayat 190-191]