Wednesday, 30 October 2013

kerana ini Terbaik.


dalam keheningan pagi subuh...

" Jom cepat siap,nanti takut lambat pulak pergi exam "

dalam perjalanan,terasa sempit dan sesak,gemuruh dan gementar,dibuka al-mathurat,mencari secebis ketenangan...

"huh!cuaknye"

"takpa,relax,tawakal je"

" Good Morning everyone,oke everyone needs to check your ic number and index number,if everything alright,write your name then sign it"

"eh nama kita dekat2 lah,mungkin dapat sama group,siapa tahu?"

"oke,i will tell your group right now"

dupdapdupdap..

"you with he and he and he"

" Ya allah ujian apekah ini?"

perit untuk telan,sukar untuk hadap,namun kerana yakin dgn yg Esa,terus cekal dan berserah semuanya.

"takdir Allah,mungkin sbb Allah tahu kelemahan ini,jadi dia bagi untuk biar diri dapat atasi"

meski ku tidak suka,namun ku tahu ada baiknya,pelajaran 30hb,atasi dan awasi tika berkomunikasi dengan lain jantina


Monday, 7 October 2013

tahu,ketahui,mengetahui

awal tahun 2013





"shibi mengandung lah!"

pada awalnya,kami menyangka anaknya seekor saja,tapi bila sudah keluar..



rupa2 nya,dua ekor,seekor jantan,seekor betina. 

selepas ramadhan berlalu

"shibi mengandung lagi!"

kali ini kami semua menyangka dapat dua ekor lagi,seekor jantan,dan seekor betina. tapi..

"eh anak shibi nih,macam dua2 jantan lah!"
"hah???!"

subhanallah,itulah kita,lemah dan tiada kuasa,yang tidak tahu dan ketahui jua mengetahui segala perkara yang tersembunyi.segala perkara akan datang,segala yang ada di langit dan bumi.

namun hanya satu yang mengetahui segalaNYA,iaitu..
DIA yang maha mengetahui.

syukur hamdalah kerana dia masih memberi ilmu dan hidayah agar kita menjadi orang yang tahu,ketahui dan mengetahui tentang ISLAM dan IMAN jua tentang kiamat,neraka dan syurga.

“Tidakkah kamu perhatikan seseungguhnya Allah mengetahui apa yang di langit dan yang di bumi. Tiada perkataan rahsia antara tiga orang, melainkan dialah yang keempat. Dan tiada lima orang melainkan dialah yang keenam. Dan tiadalah perkataan antara yang kurang dari itu atau yang lebih banyak melainkan dia bersama mereka manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang yelah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”.
Surah Al-Mujadilah ayat 7

Sunday, 6 October 2013

kerana CINTA


hujan membasahi bumi,
tika tandus dengan air yang suci,
angin bayu menghantar gembira hati,
menyejuk sanubari tika terik mentari,

tika tangis sedu berlagu pilu,
dengan ujian menimpa bertalu-talu,
datang pertolongan tanpa diseru,
senyuman mula terukir di kalbu,

tika terbit rasa cinta,
hatiku bergolak tak semena,
dihambat rasa resah di jiwa,
fikiran runcing fikirkannya,

tika itu,
terfikir di benak mindaku,
patutkah ku melayan cinta?
sedangkan bukan dia yang beri ku segala,
patutkah aku dibuai cinta?
sedangkan bukan dia yang ubatiku tika duka,

wajarkah aku melupa pemberi hadiah cinta,
gara-gara terlalu asyik dengan kandungan hadiahnya?
wajarkah aku melupakan pencipta cinta,
yang menciptakan rasa cinta pada manusia,
yang memberi nikmat tanpa berkira.

maka kerana CINTA,
ku pendamkan rasa di dada,
kerana CINTA,
ku mujahadah demi redhannya.

dan kerana CINTA,
ku tak sedih tika duka,
ku tak sunyi tika sendiri di dunia.



Wednesday, 2 October 2013

Hanya pinjaman.


Sarah seorang juruukur berkerjaya,gajinya mencecah ribuan ringgit,kerja setahun lebih,dia sudah memiliki sebuah kereta mewah dan mampu membeli sebuah rumah.

Setelah bertahun-tahun bermandikan dengan kekayaan,tiba-tiba,syarikat tempat dia berkerja dibebani hutang,disebabkan itu syarikat tersebut menjadi muflis.

Kini,sarah kehilangan segala2 nya.kekayaan yg melimpah ruah sekelip mata hilang begitu sahaja..

Begitulah perumpaan dunia,hanya satu keseronokkan yg sementara,kerana kelak segalanya diambil kembali oleh yg esa.

Harta,rupa,keluarga,ibubapa.sahabat,NYAWA semua adalah pinjaman sahaja.mungkin esok atau lusa dia boleh tarik segalanya yg ada pada kita.

Maka,tanamlah benih yg mampu menjadi bekalan yg tahan lama,iaitu benih amalan2 kita.DUNIA adalah persinggahan,AkHIRAt itu yg berkekalan.DUNIA dicipta untuk kita,kita dicipta untuk AKHIRAT.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Bijaklah kita  merancang akhirat,kelak kita bijak merancang dunia.