Friday, 27 December 2013

belajar lagi?


" sekolah dah nak bukak la..." kata adik sambil bermuka masam.

aku tergelak kecil.

Yup, sekolah bakal dibuka tak lama lagi. biasalah, bila sudah seronok cuti, jadi malas pula nak kembali ke sekolah.

tapi...
apa sebenarnya tujuan kita pergi sekolah?

kerana,
mak ayah suruh?
nak jumpa kawan?
sebab mengikut sistem kerajaan sahaja?
atau sebab nak tengok ehem-ehem dekat sekolah?

Ya, dari umur 6tahun atau seawal itu lagi, kita disuruh pergi belajar.
sehinggalah umur 30tahun pun masih lagi kita terus belajar.

hari-hari rutin kita pergi sekolah belajar. pergi kuliah belajar.
namun pernahkah kita terfikir, kenapa mesti pergi belajar?

untuk dapat naik pentas? untuk dapat dekan?

tidak, kita pergi belajar kerana Allah.
kerana Allah suruh.
Allah suruh kita jadi orang berilmu .

maka ayuh setiap hari kita tajdid niat kembali.
kita hayati kebaikkan orang yang berilmu.
kita selami erti belajar yang dituntut illahi.

 Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

jadi tidakkah kita mahu berebutkan nya?

Wednesday, 11 December 2013

Highway

Tika pulang ke kampung.di highway plus...

"alamak kita tersilap jalan"

Abah terpaksa membuat u-turn, untuk mencari kembali jalan yang betul.

Analogi tika kita di highway.

Highway kehidupan.

Destinasi highway kita SYURGA.

Papan panduannya AlQURAN dan SUNNAH.

Jika kita tersesat, balik lah kembali ke pangkal jalan.

Perjalanan kita jauh dan berliku.

Tangki iman menjadi taruhan. Perlu diisi jika kehabisan.

Tawakal menjadi seatbet keselamatan. Rasa kebergantungan setiap masa kepada yg Esa.

Jalan ini panjang lagi, Jalan ini Jalan yang memerlukan mujahadah.

Dan jalan yang sentiasa menjadi doa harian kita,

Ihdina sirotol mustaqim.