Thursday, 10 December 2015

Pelbagaikan IlmuMu

 " kakak saya mintak saya tolong buatkan poster untuk Family Day syarikat dia "

Mungkin kita rasa ilmu ini tidak berkepentingan sangat,

Lebih lebih lagi kita yang di bidang agama,

teringat kata AsSyahid Imam Hassan Al-Banna,

" Kita perlu pakar dalam bidang yang kita ceburi dan perlu tahu bidang selain dari bidang kita "


Ini menyahut diri untuk sama sama belajar ilmu ini.

#photoshop

Friday, 28 August 2015

Bersangka Baik



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :"Sesungguhnya Allah berfirman : "Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu hadis yang menjadi hafalan ku semasa STAM *sekarang dah ingat2 lupa pffttt padah belajar kerana exam,

Pernah tidak,

Kite meminta sesuatu kepada Allah,

Bersungguh-sungguh,

Semua kite buat demi mencapai dikabulkan doanya,

Tapi,

Takdirnye...

Permintaan kite belum diterima...

Kalau sebagai manusia yang biasa*baca belum ada kefahaman tauhidiyah,

Mungkin akan murung durja,

Atau terjun bangunan KLCC*koffkoff setakat ni tiada lagi

Tapi untuk kite,

Hadiah untuk makin percaya padaNYA*baca hadis atas

------------------------------------------------------------------------------------------------

Percaya dan terus bersangka baik padanya,

Mungkin DIA tidak kabulkan sekarang tapi DIA kabulkan pada masa akan datang,

dengan permberiaan yang lebih baik dan masa yang terbaik.

Percaya dan terus bersangka baik padanya,

kerana DIA tidak akan pernah kecewakan hambanya...

*PujukHati

Moga semua pembaca sentiasa dalam naugan rahmah dariNYA.


Tuesday, 25 August 2015

Belajar, Tarbiyah dan Dakwah



Sering kali,

Bila kite ingin bergerak dalam dakwah,

Kite takut waktu belajar mula kekurangan,

Nak attend program tarbiyah,

Kite takut tak sempat belajar bila nak exam..

-----------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsiaan dari hamba yang kerdil,

waktu sem 2 dulu,

beberapa minggu sebelum study week,

akhir2 sem kerja banyak nak submit, present keliling pinggang,

dalam keadaan separuh sihat,

in charge dua program besar,

dapat lagi satu amanah,

menjadi penggerak untuk GT..

Perit Penat Payah awal2 rasa,

Orang lain dah siap study banyak,

Kite?

Satu je ayat yang sampai sekarang dipegang,

47:7

dan masa berlalu,

Result keluar..

Allah... kerdil rasa diri,

Rahmah dia sangat2 menjulang tinggi,

Janji die sangat2 ditepati,

Makin rasa nak melaju berlari..

Hamdalah !

---------------------------------------------------------------------------

Maka percayalah...

Allah akan bantu kite seandainye kite bantu agama-NYA.

Kite hidup bukan hanya untuk belajar sahaja,

Kite hidup untuk Allah untuk capai Mardhotillah :)

Sunday, 26 July 2015

[43 : 67 ]


Sambungan kerana DIA aku bersahabat..


Terkesima dua-dua sahabat itu,
" Arisya, sya tahu kan.. misya bukan nk kawan dengan sya saja2, sebab nama, sbb pangkat, tapi... kerana DIA..misya sedihhh.. sedih bila tengok sahabat misya dah lari.."
" Sya tak lari mana2, masih dengan misya kan ? "

Dipegang tangan sahabatnye erat2..nafas ditarik perlahan-lahan..
" Ye sya selalu disisi misya, tak lari mana-mana... tapi sya lari.. lari dari illahi..."
Bergenang air mata Arisya..

Dipeluk satu-satu nye sahabat die di bumi salju putih itu,
sahabat yang tak pernah serik dengan sikapnya,
tak pernah die dengar mengata buruk tentangnya,
sahabat..yang bila die tersalah langkah, menuntun kembali ke jalan benar..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


musim luruh menjelma, ada beberapa baki lagi kehidupan mereka di situ sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman masing2..

" Misya... jangan lupa sya ehhh "
" In sha Allah.. ingat misya jugak dalam doa Arisya.."

" Sahabat itu adalah insan yang berkawan dengan kite kerana dia, mengingatkan kite tentang die dan...mendoakan kite di hadapan die.."


Wednesday, 8 July 2015

#RamadhanAdeBrand




Anda penggemar makan biskut ?

Kalau makan biskut kering*Brand Jacobs ke Hup Seng

Kalau tak cecah dengan Air*teh ke kopi

Sesedap tak kalau dengan makan cecah Air tu?

Takkan ?

Rasa macam tak lengkap kan juadah macam tu,

Tak dapat rasa nikmatnye kan?

Menyambut Syawal tanpa ade rasa keinsafan, ketakwaan,

Maka tak lengkaplah Syawal kite,

Tak rasalah nikmatnye Syawal,

Tapi dengan bagaimana nak merasainye?

kalau kite nak rasa nikmatnye makan biskut,

kenalah ade usaha bancuh airnye,

kena pandai seimbang gula garamnye*eh

Dengan memastikan Ramadhan kite berKUALITI,

dan bukan hanya gah dengan KUANTITI,

boleh melahirkan keinsafan dalam diri,

menambahkan iman dan takwa dalam hati..

menjadikan Syawal kite...

Bukan lah Syawal yang hanya menyambut atas dasar suka2,

tapi sebagai salah satu,

anjakan diri untuk kembali pada fitrah manusiawi,

menjadi lebih taat pada illahi.....

Moga bertemu lagi Ramadhan..

#RamadhanAdeBrand *tulis awal takut lupa 


Monday, 29 June 2015

Tinggalkan


C 2-7

akan kami tinggalkan,

KKNC

akan kami tinggalkan,

dan kami semua....

masing2 akan meninggalkan...

dan hakikatnya,

dunia ini juga akan kita tinggalkan,

cuma persoalannya,

" Berapa banyak sudah kita sumbangkan utk Agama kite ? "

#tazkirahterawih :)

Saturday, 27 June 2015

BerTahsinul Quran


Bila kita keluar bersama masyarakat,

kita mula sedar,

Banyak lagi kerja kita,

Selesai berprogram di Rembau,

Sebagai Fasi dalam program Tahsinul Quran,

Membaca Quran bukan terhenti bila kita sudah khatam membacanya,

tapi,

Baca sehingga ke akhir usia,

Belajar ilmu quran bukan terhenti bila kita sudah lulus ujian,

tapi,

Belajar sampai ke akhir kehidupan...

" Letaklah Al-Quran bukan saja dibibir kita, ditangan kita, di mata kita tapi letaklah ia sampai di hati kita..."

Wednesday, 17 June 2015

#AkuDanRamadhan




Untuk pertama kalinya,

BerRamadhan di perantauan,

BerRamadhan di bulan peperiksaan,

Moga mulanya bulan Ramadhan,

Membawa seribu kebaikkan,

Memberi sejuta keistimewaan..

dan moga...

Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelum ini..

Ramadhan kali ini bukan hanya disambut sebab adat tapi ibadat..

Ramadhan Kareem.. Ahlan Wa Sahlan.

" Memburu Piala Takwa "

imanan wa ihtisaban


Sunday, 7 June 2015

Dean's List




Lagi beberapa hari Ramadhan bakal menjelang,
Final Exam jugak,

Dua musim penting menjelma,
kadang2 kite rasa beban tak terhingga,

sebab exam dalam keadaan bulan puasa,
mengurangkan masa untuk kite belajar,

tapi kite terlupa,
bulan ramadhan bulan barakah,

pintu maghfirah dibuka luas,
doa dipanjangkan luas seluas langit biru..

maka...
pilihan kite,
nak mengambil peluang ni,
atau melepaskannya...

" Semoga Berjaya meraih Dean's List Taqwa dan Imtihan "

Sunday, 11 January 2015

Kerana DIA aku bersahabat.

Dikelek beberapa buah buku, sambil berhati-hati menurun tangga. 
kebup!!

" Opps, Sorry dear, i tak sengaja.."
" Is oke dear.." Lincah tangannya mengutip kembali buku-buku itu.

Beberapa buku lagi ada ditangan orang yang satu lagi.
" Sorry i tak sengaja, this is your book"
"Thanks You, never mind.."

Segaris senyuman dilemparkan tanda tidak memendam sebarang perasaan. 

Malam itu,

Diterjah Facebooknya, menskroll melihat news feed manusia, seraya itu, dia terbaca satu status...

" I hope one day i will be her friend, The girl that I meet her 'accidentally' at stairs"

Macam tahu je sape, diklik impunya facebook. Oh, dia... tapi kenapa ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Amisya jom makannnn, misya punya perut dah berdadut dah tuuuu.."
"Eh perut kita pulak yang dia kata, bukan ke perut Arisya yang dah berkaroke? haaaa? "

Tergelak Arisya,
"Jomlaaaah...."
"Oke, jom!"
"Yeaaah!"

Pertemuaan itu, mengikat tali persaudaraan mereka. Susah senang bersama, suka dan duka hadapi berdua. Siang berhempas pulas dengan pelajaran, malam sama-sama menuju medan tarbiyah, mengisi kekosongan jiwa.

Bila pulang ke kampung, message menjadi medium perhubungan.

"Ukhti, uhibbukifillah jiddan "
"Uhibbukifillah aidhan "

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedang dua sahabat itu rancak berborak..

Bergetar henset sambil nyayian Maher Zain " For The Rest Of My Life "

" Sekejap ye Arisya, ade panggilan " sambil tersenyum Amisya berlalu.

Arisya terkesima, dia terkedu seketika..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Amisya... dah lama kita tak borak2 kan ? "
" Eh tapi bukan semalam kita dah borak lama ke ?"

tersenyum misya seketika..

" Ye, tapi  terberhenti dengan panggilan tu "
" Oh...." riak muka Arisya mula berubah.

* bersambung...