Saturday, 19 November 2016

Allah knows better :)

Saja menonton rancangan Score SPM dan waktu itu pembelajaran Subjek Chemistry*periodic table. Terimbau kembali waktu² untuk memilih aliran apa sewaktu tingkatan 4. Habis berorientasi, terus buat keputusan untuk ambil aliran sains sosial*setelah ustazah hawanis berjaya diktorinkan pemikiran saya. 

Waktu tu, parents memang tak bersetuju*sebab nampak minat dan kesesuaian saya more to sains tulen dan saya tetap berkeras dengan hujah berjela jela. Alhamdulillah I've supporter from my abang sulung, dan Alhamdulillah disebabkan adanya hujah berjela dan support dari abang, parents saya terima keputusan saya.

Lepas dari tu, ingatkan dah tak akan berbangkit isunya lagi, tapi di sekolah, saya dan beberapa rakan dipanggil untuk menilai kembali keputusan masing². Berjela jela Ustazah beri hujah*antara nya atas faktor ketidak keseimbangan jumlah pelajar antara kelas dan kelas, tetapi kami semua tetap berkeras untuk terus tetap dalam aliran sosial. Maka disebabkan itu, kami dipindahkan ke kelas pelajar² sains tulen, tercatat dalam sejarah sek, ada ada dua aliran dalam satu kelas*ini jelah yang pertama dan terakhir rasanya. 

Waktu tu effect nya tak nampak, tapi sewaktu subjek science teras, ada waktu itu saya bertanya satu soalan yang tanpa saya sangka rupanya soalan itu diluar kotak pembelajaran saya, dan itu adalah soalan untuk mereka yang ambil physic. Terasa pembelajaran saya tersekat. Waktu ada pameran science etc dekat mana² memang saya paling minat. Jadi kadang² terfikir kenapa saya tak ambil aliran yang saya minat dan mampu untuk Score *justifikasi selepas melihat track record subjek science dari sek rendah sampai SPM.

Tetapi sampai lah waktu sesi kuliah Dr Neezam, Kami diminta untuk menjawab beberapa soalan bagi Check kecenderungan diri terhadap kerjaya. Dan hasilnya, saya peroleh dua bidang yang sama scorenya, iaitu bidang sains dan sosial*tak ingat term yang tepat. Dan apa kata Dr, bagi mereka yang mempunyai dua bidang yang sama score, Allah bagi dia untuk memilih antara dua itu, maka di mana bidang yang kamu ada sekarang ni, itulah yang paling terbaik untuk diri kamu*lebih kurang begini ucapan nya.

Maka saya mula sedar. Ia saya yang pilih bidang ini, sebab pilihan di atas tangan saya. Tetapi kehendak yang membuat saya mampu untuk memilih bidang ini adalah Allah. Sepertimana yang pelajar akidah pelajari dalam Afalul 'ibad. Manusia diberi pilihan dan usaha, tetapi ruang pilihan dan usaha kita tetap tidak lari dari pertalian nya dengan Allah. Itu bezanya kita dengan mu'tazilah, yang mana bagi mereka pilihan manusia tiada percampuran dari Allah. *betulkan saya kalau tersalah.

Jadi, moral nya di sini, percayalah apa yang kita sedang jadi sekarang, sedang buat atau laksanakan bukan sahaja atas usaha dan pilihan kita, tetapi atas kehendak/keizinan sang pencipta juga. Etc seseorang itu nak kaya, maka dia berbisness sebaik mungkin untuk kaya, tetapi dia beroleh kaya atau tidak atas izin dari Allah jua. Maka saya buat pilihan untuk ambil aliran sains sosial, tetapi seandainya Allah tak izinkan mungkin Allah akan bolak kan hati saya waktu itu.

Dan kini saya mula yakin dengan pilihan sekarang.. ~



“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)

Sunday, 15 May 2016

Warming Up


20 Hari lagi,

Ramadhan Menjelma Lagi,

Bulan pencinta Illahi,

Bulan mengumpul pahala..


Ayuh sama-sama kita persiapkan diri dan hati.

Kerana kita tidak pasti, adakah ada lagi Ramadhan untuk kita nanti ..

Allahuma Baligna Fi Ramadhan.

Thursday, 21 April 2016

DEBAT DAN NC *Eh



Mac yang lepas,

Berpeluang mencuba diri terjun kembali di bidang yang telah sekian lama ditinggalkan.

Selepas sesi terakhir suku akhir,

Berakhirlah perjuangan kami,

tetapi yang menarik hati saya waktu sesi ucapan antara kami sebelum berpisah,

seorang dari kami bercita-cita untuk break dan ke final,

tapi takdir Allah,

Dia tiada rezeki di situ,

Tetapi dia berjaya mendapat gelaran top best speaker..

Another person pada mulanya dia ditawarkan sesuatu yang lebih lumayan,

tetapi dia memilih untuk join membantu kami,

dan Allah ganti pengorbanannya,

Dengan peroleh break ke suku dan selalu mendapat best speaker...

Tiba-tiba teringat kata - kata sahabat saya masa dulu,

" Jika kita redha dengan sesuatu perkara yang mengecewaakan kita, Allah akan pasti mengantikan kepada kita sesuatu perkara yang tidak dijangka "

Tahniah Uolls, Kita dah buat yang terbaik, dan kita tidak ke final pasti ada sebab yang Allah aturkan.

Kredit to Team FKP A , FKP B dan Trainner kami.

Tuesday, 16 February 2016

2: 286


Baru baru ni

Sempat turun meraikan Sukan Tahunan Ex Sek dulu,

Dan setelah sekian lama

Berjumpa lah dengan sahabat sekolah dulu,

Masing masing bertukar tukar cerita 

Pengalaman segala bagai dalam dunia baru di Universitas..

kami berdua diletakkan di tempat berbeza,

Waqi' yang berbeza,

Tapi mempunyai tugas yang sama..

Menyebarkan Islam..

Tapi cukup kagum dengan sahabat ini,

kerana dia ditempatkan dengan pelbagai bangsa,

Agama dan Budaya.

Cabaran untuk memperkenalkan Islam,

Dan mengajak kepada Islam..

Sungguh berbeza dan tough.

Berbanding di Usim,

Kebanyakkan pelajar lepasan Agama,

Maka tough yg saya kira nampak di sana,

Perbezaan Fikrah..

Namun kami berdua yakin

Dia telah meletakkan kami di tempat terbaik,

dan dia meletakkan kami mengikut kemampuan diri kami..

[2:286]

Selamat Menyebarkan Cinta Duhai Daie Semua...

Friday, 22 January 2016

Ohsemnya Perancangan Allah





Waktu Musim Exam,

Tiba-tiba rindu masakan kafe KKNC,

Esoknya kami rancang ke sana waktu Solat Jumaat,

Sekali jumpa makcik kafe dan Damia...

On the Way ke sana...

Tiba tiba kami sesat *part ni memag lols sangat..

Perjalanan kami sepatutnya should be 20 min jadi sejam..

Merantau sampai ke Labu.

itu kisah pertama.


Waktu crucial ni lah *Musim Exam,

Family buat gathering *Family memang rajin buat gini,

Makanya,

tak dapat lah join sama*meraung dah dekat kolej..

Sedih sebab susah nak jumpa anak anak buah ni..

Lepas exam terus rancang nak balik 12hb*rindu rumah tahap gaban dah,

Tapi tiba tiba dapat jemputan program*spoil mood mula mula ( tapi ni program DnT so kena reflek hati )

Sabar berkorban lagi,

Rancang balik 16hb lepas program..

Tapi dapat pulak panggilan dari kakak mintak tolong stay dekat puchong sekejap*berkorban lagi balik lambat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikutkan time ni*kisah atas

Fikir lah ape hikmah,

Rupanya....

Sebab Allah tahu niat kite*perasaan kite

kalau kami sampai awal di KKNC,kemumgkinan kami tak dapat  jumpa damia,

Sebab dia ikut ayahnya ke masjid..

dan kalau balik 12hb atau 16hb, takdelah dapat jumpa anak buah :) 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cantik sangat perancangan Allah,

Sememangnya dalam hidup kite ini, kite sering nak mengatur nya cantik cantik,

tanpa kita tahu mana yang terbaik,

Secantik mana perancangan kita, Cantik lagi perancangan pencipta kita,

kerana dia merancang dengan CINTA.....

[ Ali-Imran : 54 ]