Monday, 24 September 2018

Abah dan Konvo


Alhamdulillah. Setelah 4 tahun di bumi USIM, masa untuk bergraduasi telah pun tiba. Sebak, kerana tidak ku sangka akhirnya ku berjaya menghabiskan pengajian di situ. Moga Allah permudahkan langkahku yang seterusnya dan moga-moga ku dapat memaknakan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaiknya.

Namun dalam sebak kegembiraan yang ku rasa terselit juga sebak kesedihan dalam jiwa. Kerana.. Ku tak sempat bergraduasi bersama Ayahanda tercinta. Memang satu impianku, ingin menghadiahkan kejayaan ini buat Abah sebabnya...

Sepanjang pengajianku di sini, aku totally di bawah tangungan Abah. Kami tidaklah kaya mana tapi begitulah kalau kita berpendapatan kelas kedua. Walau result gilang gemilang tapi jika pendapatan parents tahap mampu, maka sukar untuk kita perolehnya. Aku akur takdir rezeki ini tetapi apabila aku diberi rezeki begini, membuatkan diriku tidak main-main semasa belajar.

Bila terasa malas study, aku akan teringat Abah. Bila terasa malas nak ke kelas, aku akan teringat Abah. Dan disebabkan tu, jadi tak jadi nak buat semua benda tu. Dan disebabkan itu juga, aku akan sedaya upaya struggle maintainkan pointerku atas sebab Abah.

Tiap kali aku dapat results, aku akan terus jumpa abah atau message abah bagitahu results aku. Dan tiap kali tu, aku sentiasa nampak senyum bangga dia padaku. Dan sebenarnya aku teringin sangat-sangat membawa abah masuk ke Universiti tempat ku belajar ini (sebab abah tak pernah sempat jejak, dia hanya sempat menjejakkan kaki di KKNC saja) dan bergambar di hari konvokesyen ku tanda penghargaan aku pada Abah yang telah menanggung aku di sini. Tetapi...takdir Allah, Abah pergi sebelum sempat melihatku berjubah konvo di sini.

Moga sekecil hati seorang Asma sentiasa tabah dan sabar menerima segala takdir, yang pasti ada ganjarannya buat mereka yang bersabar.

"Fasobrun Jamil"

Tenanglah Abah di sana, Moga atas asbab segala yang Abah dah buat untuk Miza ni, Allah ganjari Syurga tanpa hisab buatmu. :')