malam mula melabuh tirai, TV mula dibuka,semua siaran bakal menutup acara,ditekan butang siaran alhijrah..
tika itu segmen muhasabah..
mata tertacap pada televisyen,mendengar sambil menghayati makna yang disampaikan..
"ayuh sidang hadirin semua,kita check balik amalan2 kita pada hari ini sebelum kita melabuh badan di atas bantal jua katil yang empuk itu,adakah kita sudah mengamalkan sunnah nabi kita sebaiknya?,tidak kiralah yg sunat atau yang wajib,andai yang wajib seperti solat,bagaimana keadaan kita ingin menunaikannya pada hari ini?mengikut sunnah nabi atau tidak?adakah kita segerakan solat atau sengaja dilewat2kan?mari sama2 bermuhasabah.."
jiwa tersentak!
sungguh syurga allah itu sangat mahal,ianya hanya untuk mereka yang sangat mahal..
pesan seorang murobbi:
jika kita segerakan solat,maka allah tak teragak2 untuk mensegerakan permintaan hambanya itu,jika kita melambat2kan solat,maka allah pun akan melambat2kan lah permintaan kita..
jadi yang mana kita nak??
Sunday, 30 December 2012
Tuesday, 25 December 2012
pergi makan angin,solat tetap solat.
trip to kedah,langkawi
perjalanan yang sangat dan teramatlah jauh,mencipta pelbagai memoir terindah!melihat kebesaran illahi di sepanjang perjalanan,akhirnya sampai juga di negeri jelapang padi..
seawal pagi lagi di jeti kuala kedah sudah sesak dengan manusiawi..
sesampai di langkawi juga tak kurang sesaknya,menanti kereta sewa memang 'xlama'..xpa..fasabrun jamil.
perjalanan menjelajah pulau langkawi pun bermula..
pelbagai tempat kami kunjungi..
tika solat zuhor mula memasuki waktunya..
abah: oke,kita berhenti solat dulu ye buat jama' taqdim.
kami:alaa..nape tak buat jama' takhir..
abah:mmg kita bole buat jama' takhir,tpi kita xtahu bile ajal kita datang,bila kita tunaikan solat dulu insyaallah nanti segala2nya akan menjadi mudah..perjalanan akan menjadi lebih teratur..
kami semua terkedu,betol kata abah,alhamdulillah abah kami orang yang sangat2 menjaga waktu solat..moga kami juga akan begitu..
sebagai seorang muslim,harus bagi kita mengambil berat setiap perkara2 yg lebih patut diutamakan,salah satunya ialah SOLAT,ianya sangat2lah wajib kita utamakan.moga hari2 kita sentiasa bertambah amalan.
Friday, 14 December 2012
muhasabah solat kita
waktu kecil-kecil dahulu..selalunya kita yang masih kecil lagi ini..
ummi: arisya..bangun,subuh dah masuk..
arisya masih lagi tak bergerak..
ummi:arisya..bangun nak,solat subuh..
arisya:hurm..
matanya tetap tertutup sambil berjalan menuju ke tandas..
sementara menunggu yang lain..
arisya tersengguk-sengguk di atas sejadah..
takala dalam solat..arisya selalu ingin cepat habis..
itu kisah dulu..
andai sekarang kita sudah dewasa..bagaimana solat kita ya?masih lagi macam dulu?atau ada yang sampai jadi 'subuh gajah'?khusyuk kita macam mana?ke sama macam dulu?
muhasabah balik ,pertingkatkan kembali solat kita seiring dengan umur kita..
amalkan sunnah nabi takala mahu tidur insyaallah mudah untuk kita bangun pagi..
saat masih lagi kecil juga perlu ditekankan kepentingan solat,agar bila sudah besar makin mudah mengamalkan..
Sunday, 9 December 2012
sihatkan diri kita!
bintang-bintang mula bersinar terang,
ceria menyambut malam yang menjelma,
ketika itu..
berkumpulnya dua kumpulan bulatan gembira yang sedang bersiap sedia menadah telinga,mencelik jiwa,mendengar dengan hati pengisian daripada dua orang murobbi terhebat..
suasana santai di kediaman kami sendiri yang terletak di tingkat lapan,
sekali sekali angin menyapa nyaman..
pengisian yang membina jiwa,menbuatkan kami sangat2 teruja..
murobbi kami melontarkan satu soalan,
"suatu hari,kamu memakai baju yang lain dari sebelum2 ini,ttba sahabat kamu menegur,eh cantiklah baju kamu.."
jadi selalunya apa yang kamu akan jawab?
kami terdiam,dlm hati berkata: jawab terima kasih la kan..
sambung murobbi kami kembali:
"ada satu kisah seorg sahabat,hidupnya serba kekurangan,pakaiannya selalunya compang-camping,pada suatu ketika dia mendapat rezeki dari baitulmal utk membeli baju baru,ramai yang menegur,baju kamu cantik sekali,maka apa jawabnya?"
dia menjawab:alhamdulillah..
murobbi kami bertanya:agak2 kenapa dia menjawab begitu?
kami mula melontar idea2 bernas..
kemudian murobbi kami menjawab:
jawapan kamu semua betul2 belaka,contohilah sahabat ini,apabila dia dipuji dia balikkan kepada illahi..itulah yg sewajarnya kita lakukan juga..
jadi aku pun mmbuat kesimpulan:
jika ingin tahu hati kita sihat,lihatlah saat diri kita dipuji,bagaimana reaksi dan jawapan yg diberi..
andai hati belum sihat,marilah sama2 sihat2kannya,dengan bagaimana?
perbaiki amalan solat..insyaallah,andai solat dipelihara,akhlak akan turut serta..

Sunday, 2 December 2012
peranan sape?suasana atau kita?
di keheningan malam yang menyamankan,berkumpulnya sekumpulan insan2 yg dahagakan mutiara2 hikmah,jua bersama2 membenihkan ukhuwwah...oh sungguh indah saat itu..
ketika bulatan gembira itu sudah di penghujungnya..
murobbi :sekarang ni kita nk semak mutabaah amal kita semua,capai ke tidak?
kami: alhamdulillah,semua tercapai tapi...cuma bangun malam je yg mcm belum lagi..
semua tertunduk bersalah....
murobbi:erm..mcm mne boleh jadi mcm tu?
arisya berkata mewakili semua:kami semua susah sikit nak bangun sbb mcm xda suasana..suasana bangun malam tu xdihidupkan..
murobbi:xda suasana?bkn ke kita yg sepatutnya wujudkn suasana?suasana xhidup ke atau hati2 kita yg xpernah nk hidup?
gedebuk!tamparan hebat buat kami semua..
sehingga kini itulah yg arisya pegang,jgn salahkan suasana yg xhidup tapi salahkan hati yg xhidup..
kitalah yg perlu cetuskan suasana bkn suasana yg mencetuskan kita..
mmg kkdg kita perlukan suasana sbb suasana pun mmbntu kita,ttpi andaikata ketika itu kita hidup di kelompok manusia yg xpernah buat semua tu,sape yg patut mulakan?kitalah yg tahu dan pernah buat benda tu..
kkdg mmg susah,sbb perlukan kekuatan mujahadah,tapi ingatlah ganjaran allah,insyaallah xda masalah..yg susah kian mudah malah bertambah barakah..
mari sama wujudkan suasana yg indah agar kelak bersama2 mendapat radhitulillah..

Friday, 30 November 2012
bibir tersenyum ceria,hati menangis menderita
tika arisya sedang membelek2 buku di rak buku,ttbe die terpandang sebuah buku ini,hati dia mula kehairan apabila mmbaca tajuk buku itu,mana tidaknya mana mungkin ssorg apabila dia tersenyum ttpi sbnarnye hati dia menangis..
maka dia baca buku itu,mencari makna disebalik kata..
satu kisah dinukilkan..
seorg wanita pelayan di restoran,akibat tekanan kerja,kadang2 dia stress,hati dia sering dihiris2,kerna saban hari asyik dimarahi oleh majikan,mmbuatkn dia x tahan..
hatinya menderita,namun ingin berhenti xmampu,kerna hidupnya susah,dan skrg bkn mudah utk mndpt kerja lain,tekanan perasaan menghimpit jiwa..
maka,dia terhimpit dgn kerja dan perasaannya..mskipun menderita tetapi kerjanya menuntut dia sntiasa ceria.
dijiwa arisya terhimpit kasihan,tapi bahagia di jiwa boleh di cari bukan?maka dia teruskan pembacaan demi mencari jawapan..
kata pengarang:
ingin bahagia,bahagiakan dirimu dgn membahagiakan yg lain..
cakap mudah,tapi pratiknya payah,tapi itu lah lumrah hidup,tiada yg senang dlm kehidupan,semuanya menuntut pengorbanan..
konklusinya ada dlm diri,
iaitu baiki diri,tingkatkan prestasi,dekati llahi yg penting jagalah HATI..

Wednesday, 28 November 2012
Running Man
di taman permainan..
arisya: owh dh keluar ke?erm..belum.awk dh ke?
humaira': erm belum juga..btw,ade seorg sahabat kita ni tanye,ape baiknya kita tgok RM tu?
dush!arisya bagai terpukul dengan soalan tu..
sedang malam mula menyelimuti dunia,dan tika ahli keluarganya sedang enak diulit mimpi,arisya masih lagi terkebil2 di atas katil,matanya berdegil untuk dilelapkan..ah!ini semua gara2 soalan mmbunuh daripada humaira' petang tdi..
arisya mula bangun dari pembaringan,memikirkan tentang jwpn bg soalan itu,dia tidak akan semudah meletakkan benda itu baik atau tidak tanpa sebarangan..
maka dia bertanya pada fatwa hatinya,,
jadi bagi pandanganya..
jika kita ingin menonton RMitu,silakan..tapi pandai2lah jaga masa kita,jangan disebabkan itu,kita leka dan alpa,leka dari menunaikan tuntutan wajib dan meremehkan perkara yang lebih patut diberi keutamaan.
tamsilnya mudah,saat kita ditindih dengan pelbagai keje2 yg mengunung,saat buku2 sudah memanggil utk diselak kerna exam makin menjelma,saat ibu kita meminta hulurkan bantuan keringat,saat berkumandang suara azan menyeru umat islam menyahut seruan ar-rahman,saat itu tidak boleh la kita beri keutamaan RM daripada semua itu..iyakan?
dan bagi pandangan dia juga, apabila menontonnya kita perlu sentiasa mencari kebaikan yang ada..
terdiam seketika,ada ke ya?
episod bersama park tae hwan,seorang atlit renang korea dalam peringkat olimpik..
bertanya salah seorang daripada permain2 RM , bagaimana dalam setiap permainan,selalunya dia pasti dapat kemenangan?
jawapannya,sbb setiap kali dlm permainan dalam pemikirannya hanya memikirkan kemenangan..
serupalah dalam satu lagu ini..
"jika kau fikir kau boleh,
kau pasti boleh lakukan,
jika kau fikirkan kemenangan,
kau hampiri kejayaan"
jadi tak lain tak bukan kuasa minda sangat mempengaruhi segala tindakan..ianya juga mengajarkan kita sebagai seorang muslim agar sentiasa berfikiran POSITIF kn?
lihatlah juga tika permainan rips name tag, kim jong kook yang kuat dan lee kwang so yang tangannya panjang,mereka sentiasa mengunakan kelebihan mereka dalam permainan untuk perolehi kemenangan..
jadi kita sebagai muslim juga perlu begitu,gunakan kelebihan yg kita ada untuk disumbangkan kepada islam..
banyak lagi kebaikkan2 yg ada,hanya kita sahaja yg perlu berfikir..
marilah kita menjadi org yg sentiasa berfikir,berfikir utk umat,tanpa mengabaikan syariat..
Tuesday, 27 November 2012
hati miskin hati kaya,yg mana?
di petang,arisya sedang sibuk membantu emaknya di dapur...
sambil membuat kerja sambil itu dia menadah telinga mendengar pengisian di radio..
"hati miskin akan menyebabkan seseorang itu apabila dipuji terasa bangga diri bila dikeji terasa sakit hati,namun hati kaya akan menyebabkan seseorang itu apabila dipuji dia kembali pada illah bila dikeji sentiasa berlapang diri"
oh hati..bagaimana keadaanmu?miskin atau kaya?
"andai ingin menjadi hati yang kaya,maka jagalah solat kita"
betapa besarnya impak solat dalam kehidupan,bukan sahaja dapat ganjaran akhirat,namun membentuk hati yang penuh keimanan..

Monday, 19 November 2012
Hijrah Hati,harus bagaimana?
1434h,sudah membuka tirainya..
saat itu arisya mula merangka hijrah yg ingin dilakukannya..berhenti sejenak berfikir sambil mendengar radio,pengisian daripada ustaz Pahrol..
sedang asyik mendengar dan mencerna maklumat yg disampaikan,hatinya tiba2 tersentak apabila mendengar butiran daripada ustaz pahrol..
"jika kita ingin baiki dunia,kita perlu baiki manusia,jika kita ingin baiki manusia,kita perlu baiki hatinya,jika kita ingin baiki hatinya,baikilah SOLATNYA"
hati?bukan semudah utk dibaiki,kerna kita hanyalah manusiawi,yg hatinya sering turun naik,dan berbolak- balik..
maka baikilah solat kita dahulu,agar hati mudah dipandu..
jika kita sebelum ini selalu solat lima waktu,selepas ini kita pastikan pula kita sering solat awal waktu..
fahami,hayati serta mendalami makna setiap bacaan solat juga pergerakan yang terkandung dalam solat.
hijrah hati kita dengan menghijrahkan solat kita..
andai solat dapat dijaga..insyaallah hati akan terpelihara dari mengingati perkara yg alpa kepada mengingati hanya yg esa..
Saturday, 10 November 2012
islam vs Islam
ku berhenti seketika dari menulis,mengeliat ke kiri dan kanan,melegakan seketika urat sendiku..terus ku capai earphone di sisi,saat itu berkumandang di corong radio sebuah lagu yang cukup ku gemari sejak kecil lagi..
lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
hikamah kalimah nan luhur
lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia
sejenak kemudian,aku terdiam berfikir tentang lirik lagu ini..
jika diperhatikan maksudnya cukup menusuk kalbu andai kita selaminya dengan sebenar-benarnya..
YA!kita dilahirkan ke dunia dengan islam sudah ada di jiwa,dengan ibubapa yang sudah berilmu agama,namun jika dibilang berapa ramai yang mengamalkan cara islam apabila dia sudah islam.
itulah bezanya islam di atas jiwa.dengan Islam di atas nama..
bersyukurlah kita kerana kita sudah lahir2 menjadi islam disisinya,jadi harus bagaimana menunjukan kita sudah bersyukur dengannya?sudah tentu dengan amalkan islam dalam kehidupan,mengikuti perintahnya serta menjauhi larangannya..
jadi adakah kita benar2 sudah bersyukur dengan NIKMAT ISLAM ini..
ayuh!kita check amalan seharian kita..di situ kita temui jawapannya..
solat subuh?pukul berapa?ketika bangun itu,bagaimana perasaan kita,malas?liat?tika solat itu,bagaimana keadaan kita,nk cepat2 siap?mata terpejam dek masih lagi ngantuk?malam tadi bangun tahajud ke?solat taubat berapa kali lakukan?
moga kita sentiasa menjadi mukmin yang hari in lebih baik dari semalam..
Tuesday, 6 November 2012
sungguh ruginya diri ini
loceng jam berbunyi takala tepat jam 4.00pagi,serentak dengan itu berdering henset arisya,perlahan2 matanya dibuka,digapainya henset disisi,
ONE MISS CALL,ONE NEW MESSAGE
humaira':arisya jom bangun qiam.
matanya masih berdegil untuk dibuka,erm..sekejap lagi la..
tidak lama kemudian,
ya,allah!dah 5.30am,aduh!terlepas...
saat itu fikirannya mula teringatkan kata2 murobbinya tika dahulu..
"di saat kamu masih remaja ini,rebutlah peluang masa ini untuk sentiasa bangun malam,kerana kelak kamu tidak tahu keadaan kamu pada masa depan,larat ke lagi nak bangun dari katil?sihat ke sakit?hidup ke mati?
ya,allah..
sungguh ruginya hambamu ini,
tak pernah hargai saat usia remaja kini,
sedangkan banyak kelebihan andai ku ingati,
hawa nafsu dapat ditumbangkan,
dunia dapat dikalahkan,
berikanlah peluang buat diriku,
untuk menbaiki silap dan laku.
Sunday, 4 November 2012
sekeping hati,milik siapakah ini?
jam di dashbord kelihatan menunjukkan pukul 10.30am
saat ini memang waktu kegemaran arisya untuk melayari internet,dibukanya semua laman kerna ingin mencari secebis ilmuwan,tidak lupa juga dibuka laman muka buka,kerna ingin bersua dengan kwn2nya di situ.
tiba2 matanya tertacap sebaris nama seorang insan,hatinya berdetak laju,
kekunci 'enter' teragak2 ingin ditekannya.
hati nya mula berperang:
"untuk apa aku buka lamannya"
"mana boleh,tiada keperluan"
"aku bukan buat apa2 pun,saja ingin menilai dirinya"
"perlukah berbuat begitu?"
akhirnya...
pap!butang 'enter' ditekan,
"argh!aku kalah dengan hawa nafsu"sesal arisya.
YA! hati kita sering direbut oleh dua jiwa,jiwa kita atau jiwa hawa nafsu yang dusta.
tepuk dada tanya hati,milik siapakah dirimu ini,
marilah bersama kita perisaikan hati dengan iman,
sematkan mujahadah lakukan amalan kebajikan,
zikir harian jua bangun malam menghadap tuhan,
agar hawa nafsu bisa dapat dikalahkan,
dan jiwa2 kita dapat diselamatkan.
jagalah hati kita,kerna ia raja dalam diri kita.
andai baik hatimu,maka baiklah segalanya..

Wednesday, 31 October 2012
istikharahku,tanda kebergantungan ku padamu
di meja makan...
ummi:ape rancangan arisya sementara nk tggu sambung belajar ni?
arisya:masih dlm pemikiran..
ummi:ape kata arisya keja kat sekolah?
arisya:boleh jugak..tapi biar arisya istikharah dlu ye..
di halaman rumah...
ummi:arisya dh fikir nk belajar kat mana?
arisya:arisya masih fikir lagi nk kat luar negara atau tak..insyaallah arisya istikharah dlu ye..
di malam hari istikharah ku lakukan,
demi memohon petunjuk daripadamu tuhan,
tentang dua perkara yang sama kebaikan,
agar kelak ku tidak tersilap buat perhitungan.
Friday, 14 September 2012
6 SEPTEMBER
Jasamu seluas lautan samudera,
tak ku mampu ku balas dengan sebaris kata,
SELAMAT HARI LAHIR ABAHKU TERCINTA.
Saat lahirnya diriku di awal keheningan embun pagi 19 oktober,
Saat itulah bertambah pula periuk nasi yang perlu dicari oleh dia yang ku kasihi.
Saat aku mula mengorak langkah ke alam kanak-kanak yang ceria,
Saat itulah pelbagai permintaan yang ku pinta daripada dia yang ku sayangi.
Saat aku mula menginjak usia remaja,
Saat itulah dia masih tetap setia mencurahkan segala jasa dan bakti.
Dirimu tidak pernah mengeluh kepenatan demi mencari rezeki milik tuhan..
Abahku,
tak dapat ku hitung dengan sepuluh jari segala jasa2mu,
tak mampu ku balas hanya dengan ucapan terima kasih abahku,
kan ku balas segala jasa2mu,
dengan segulung ijazah jua pekerjaan yang bermutu,
kaulah ayahku kini dulu dan sepanjang waktu,
hanya tuhan sahaja yang tahu,
betapa ku sayang kasih kan dirimu...duhai abahku...

Saturday, 8 September 2012
dedikasi khas buatmu...
AISYAH~I WILL MISS U |
setitis-titis berguguran air matanya mengalir saat membaca serangkap ucapan daripada sahabatnya...
"kita rindu awak sangat-sangat,awaklah kawan kita yang terbaik..selamat tinggal teman..moga bertemu lagi"
mana mungkin aku akan melupakan mu duhai teman..setiap lipatan kenangan kita akan ku semat utuh di dalam ingatan..
saat bergelak ketawa bersama...menahan sedu tangisan kecewa...menguatkan saat diri tumbang tak bermaya...
sahabat tak mampu ku balas hanya ucapan ini sahaja...ku iringi doa agar dikau sentiasa dlm rahmat yg ESA..
FLASHBACK
"Arisya bila awak nak masuk asrama?kita kesunyian...
"insyaallah bulan dua nnti kita masuk teman awak oke?"
dikaulah yang pertama menyambut kedatangan ku di asrama...mana mungkin akan ku lupa...
"Aisyah kalau bangun awal kejutkan eh?"
"oke!awak pun taw"
tiap malam kita saling mengingatkan untuk saling kejut mengejut untuk bangun malam...
mana mungkin akan ku lupa...
"nah..ni jelah yang mampu kita bagi kat awak"
"wah...bunga lavender!"
pasu lavender bakal menjadi peneman ku disaat ku merinduimu..selamanya tak akan ku lupa..
terima kasih teman kerana menghulurkan salam persahabatan..memberikan sedikit ruang perkenalan..moga bertemu lagi di masa hadapan...ukhuwwah fillah!
Sunday, 19 August 2012
~riang ria raya~
1 Syawal
1433h
"Arisya!cepat
turun...awat lama beno mu tukar baju..."
"kejap!!!"laung
Arisya.
Di
badannya tersarung baju jubah maroon,tema keluarganya tahun ini,hatinya
tiba-tiba dihimpit rasa sayu,memikirkan ramadhan yang sudah berlalu,diterimakah
amalanku sepanjang itu?adakah ku akan terus amalkan apa yang sudah dilakukan
dulu?
"Arisya!jom
cepat nak pergi solat kat masjid ni!"
"Baik!"
Setelah
selesai solat sunat raya...
"Aik!kenapa
akak tu tak rapatkan saf,eh..saf belakang pun terputus?"komen kakakku.
Inilah
fenomena sekarang,solat jemaah tidak diselami sebaik mungkin,membuatkan kita
rugi daripada menjadi orang mukmin.Merapatkan saf mengutuhkan ukhuwwah,membina
masyarakat mukminah...
duhai
muslimin dan muslimat…
marilah
kita renug2kan amalan solat,
kerna ia
yang pertama disoal di akhirat,
tiada
guna hidup di dunia andai solat tidak lekat,
membuat
hati bertambah berkarat,
hidup
langsung tidak berkat.
Hayatilah
fadhilah solat berjemaah bersama-sama,
Agar
kelak kita peroleh manfaat yang berlipat ganda,
Ummah
berjaya ukhuwwah sampai ke syurga,
Indahnya
hidup mengamalkan islam di mata dunia.
Monday, 13 August 2012
erti sebuah KEGAGALAN!
Tersenyum dirinya melihat
gambarnya dengan segulung ijazah di University of Yarmok,Jordan. Hasil penat
lelah Arisya mentelaah pelajaran,berhempas pulas menghabiskan ulangkaji
membuahkan hasil,benarlah kata ungkapan ini من جد و
جد.
Mengimbau kembali zaman silamnya,menyingkap
kembali memori lama,menyedarkan dirinya bertapa saat ingin mengapai impian setinggi awan bukan semudah
memetik bunga di taman.
Berapa kali dirinya jatuh
tersungkur dan bangun semula menongkah ujian sehingga akhirnya berjaya berdiri
seutuh ini,inilah kehidupan…hanya manusia yang bersusah dahulu yang mendapat
kesenangan masa sekarang.
Air mata inilah yang sering
mengiringi perjuangan dirinya dari mula dia kenal erti kehidupan,bukan air mata
kelemahan tapi air mata kekuatan,kekuatan untuk kembali bangkit dari kelemahan.
“GAGAL sekali tidak bererti kita
GAGAL selamanya”,kata azimat yang Arisya pegang saat diri ditimpa kegagalan….
“ Arisya Humaira’!!”
Hati berdebar menanti keputusan
peperiksaan semester yang lepas…
“Ya Allah!kuatkan hati ku
ini,cantumkan lah kembali hati ku yang sudah berkecai ini,aku tidak mampu
hadapinya tanpa pertolongan darimu”
Kolam air mataknya tidak
henti-henti berlinang,keputusan yang tidak pernah dia jangka,dirinya sangka sudah lakukan yang terbaik dan bertawakal
sebaik mungkin…saat itu hanya padanya sahaja tempat mengadu..
“Arisya…jangan sesekali kita rasa
sudah cukup dengan usaha yang kita telah lakukan…DIA bagi arisya gagal kali ini
mesti ada sebab…setiap sesuatu pasti ada hikmah.”nasihat ibu Arisya.
“We can’t have happiness without
pain,and we can never have beautiful rainbows without rain.”
Kegagalan yang DIA beri pada
Arisya mengajar dirinya agar jangan mudah rasa cukup dengan usaha yang sudah
dia lakukan,kegagalan merupakan salah satu ramuan masakan dalam
kehidupan,manusia yang bijak,dia mengunakan kegagalan itu sebagai batu loncatan
untuknya lebih berjaya.
Lihatlah sahaja kisah-kisah
mereka yang sudah berjaya menempah tiket kerjayaan seperti Bill Gates,Thomas
Edison dan yang paling utama, nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Semua tokoh-tokoh ini pernah
mengalami KEGAGALAN,jadi apabila kita GAGAL,tidak bererti itu ialah pengakhiran
perjalanan kehidupan.
Perjalanan kehidupan kita masih
lagi panjang,apabila kita mula merasai nikmat manisnya sebuah kepahitan itu
petanda kita semakin matang.
Saturday, 4 August 2012
Di mana Ukhuwwah kita?
Situasi 1
“Arisya larat tak tu?soal
Humaira’
“Eh tak mengapa…sikit je barang
ni…”
“Biarlah saya tolong angkat satu”
Barang itu beralih tangan.
“Jazaklillah Sahabat”
Jika kita seorang ialah
sahabat,kita akan menghulurkan tangan dahulu sebelum dipinta dihulurkan tangan.
Situasi 2
Jam 5.00 pagi
“Arisya,jom bangun solat!”ajak
Humaira’
*mengeliat
“Arisya…Jom!
Jika kita seorang sahabat,kita
akan mengajak bersama-sama sahabat kita menuju ke jalan syurga.
Situasi 3
“Arisya,panasnya badan….sudah
makan ubat belum?”sapa Humaira’ lembut.
“Belum..*geleng Arisya kelesuan.
“tidak mengapalah,tunggu nanti
Mai masak bubur ya..lepas itu makan ubat.”
Jika kita seorang sahabat,kita
akan mengambil berat soal kesihatan jua kita akan turut mendoakan
kesejahteraannya .
Situasi 4
“Hari ini biar Mai yang masak
untuk berbuka ye”ujar Humaira’
“Eh,tidak mengapalah…biar lah Arisya
yang masak..kan ini turn Arisya..”
“Arisya kan baru lepas
program…penat kan?demi dirimu Mai sanggup.”tersenyum Humaira’.
Jika kita seorang sahabat,kita
akan memahami riak perasaan dan kepenatan sahabat kita di kala dirinya kepenatan
atau kesempitan.
Situasi 5
“Is ok Arisya,just cry…I am
always be with you.”pujuk Humaira’.
Jika kita seorang sahabat,kita
akan rela memberi sahabat kita meminjam bahu kita saat dirinya ditimpa
kesedihan.
Sahabat,
Andai kau tahu apa erti sebuah
persahabatan,
Kau kan selalu cuba memahami
perasaan,
Bersama berpimpin tangan mengapai
redha tuhan,
Mengajarku mengenal erti real
kehidupan.
Sahabat,
Sudah terpatri janji antara kita,
Yang akan bersemi sepanjang usia,
Saling bantu-membantu menongkah
arus dunia,
Demi mencapai cita-cita yang
tercipta.
Sahabat,
Maafkan daku andai dirimu pernah
terluka,
Di atas khilaf dan kesilapanku
sebagai manusia,
Maafkan diriku kerana tidak cukup
sempurna,
Buat dirimu yang cukup bermakna.
Friday, 20 July 2012
Ramadhan yang dinanti sudah kembali,sudah bersediakah diri ini?
"Eh Arisya kamu sudah ada berapa banyak pasang baju raya?"
"Er...tak tahu la...belum nak fikir lagi....
Bila Ramadhan menjelma,semua bagaikan automatik terlebih berfikir,bagaimana nak sambut raya nanti?
Sedangkan pernah tidak kita terfikir bagaimana diri kita nak bersiap diri menempuh ramadhan kareem...
Apabila munculnya anak bulan,
tanda esoknya Ramadhan,
sudah sediakah kita dengan amalan,
yang boleh menambahkan taqwa dan iman,
atau sekadar melepaskan tangan,
memikirkan raya yang muncul lagi sebulan....

Subscribe to:
Posts (Atom)