Monday, 13 August 2012

erti sebuah KEGAGALAN!


Tersenyum dirinya melihat gambarnya dengan segulung ijazah di University of Yarmok,Jordan. Hasil penat lelah Arisya mentelaah pelajaran,berhempas pulas menghabiskan ulangkaji membuahkan hasil,benarlah kata ungkapan ini من جد و جد.

Mengimbau kembali zaman silamnya,menyingkap kembali memori lama,menyedarkan dirinya bertapa saat ingin  mengapai impian setinggi awan bukan semudah memetik bunga di taman.

Berapa kali dirinya jatuh tersungkur dan bangun semula menongkah ujian sehingga akhirnya berjaya berdiri seutuh ini,inilah kehidupan…hanya manusia yang bersusah dahulu yang mendapat kesenangan masa sekarang.

Air mata inilah yang sering mengiringi perjuangan dirinya dari mula dia kenal erti kehidupan,bukan air mata kelemahan tapi air mata kekuatan,kekuatan untuk kembali bangkit dari kelemahan.
“GAGAL sekali tidak bererti kita GAGAL selamanya”,kata azimat yang Arisya pegang saat diri ditimpa kegagalan….
“ Arisya Humaira’!!”
Hati berdebar menanti keputusan peperiksaan semester yang lepas…

“Ya Allah!kuatkan hati ku ini,cantumkan lah kembali hati ku yang sudah berkecai ini,aku tidak mampu hadapinya tanpa pertolongan darimu”
Kolam air mataknya tidak henti-henti berlinang,keputusan yang tidak pernah dia jangka,dirinya sangka  sudah lakukan yang terbaik dan bertawakal sebaik mungkin…saat itu hanya padanya sahaja tempat mengadu..
“Arisya…jangan sesekali kita rasa sudah cukup dengan usaha yang kita telah lakukan…DIA bagi arisya gagal kali ini mesti ada sebab…setiap sesuatu pasti ada hikmah.”nasihat ibu Arisya.

“We can’t have happiness without pain,and we can never have beautiful rainbows without rain.”
Kegagalan yang DIA beri pada Arisya mengajar dirinya agar jangan mudah rasa cukup dengan usaha yang sudah dia lakukan,kegagalan merupakan salah satu ramuan masakan dalam kehidupan,manusia yang bijak,dia mengunakan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuknya lebih berjaya.
Lihatlah sahaja kisah-kisah mereka yang sudah berjaya menempah tiket kerjayaan seperti Bill Gates,Thomas Edison dan yang paling utama, nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Semua tokoh-tokoh ini pernah mengalami KEGAGALAN,jadi apabila kita GAGAL,tidak bererti itu ialah pengakhiran perjalanan kehidupan.
Perjalanan kehidupan kita masih lagi panjang,apabila kita mula merasai nikmat manisnya sebuah kepahitan itu petanda kita semakin matang.

No comments: