Saturday, 2 March 2013

istiqamah

ingin berterusan dalam beramal?susahkan,kadang2 ada org kata berterusan dalam melakukan kejahatan lagi mudah,astaghfirullah,sememanglah lumrah kehidupan,ingin kebahagiaan dunia akhirat,mendapat syurga allah yang sangat mahal,adakah semudah memetik jari di tangan..

mengeluh kerana tiba2 amalan kita merundum bak komet jatuh ke bumi,cuba bangkit seperti dulu amat sukar sekali,maka diri ini teringat kembali buku komik yg dibuat oleh para2 PRS sekolah dulu,bagus usaha mereka itu,moga beroleh manfaat dunia wa akhirat.

takala itu,saya di tahun akhir tingkatan satu,semua pelajar2 sedang bertungkus lumus belajar,maklumlah peperiksaan akhir tahun sudah menjelma,pasti semua mahu score yang terbaik,nak dapat naik pentas tahun depan,opps!harap2nya kerana semua ingin mendapat redha allah bukan?

siang malam tidak henti2 berdoa pada allah,menangis sepanjang waktu solatnya,allah!bagus anak2 mak ni.apabila waktu dhuha,semua bergegas ke musolla,memohon pada hadrat illahi,pada malam yang hening pula,mereka bangun menuju cinta illahi memohon sepenuh hati diberi kelapangan tika menjawab nanti.alhamdulillah.

namun bila peperiksaan sudah tamat,segala2nya menjadi sebaliknya?aik?takala membaca buku itu,memang ada yang terkena batang hidung sendiri.ingatlah istiqamah yang sedikit lebih baik dari melakukan amalan terus banyak tapi terputus-putus.

ingatlah,niat melakukan amalan itu juga kuncinya,kita beramal kerana ingin mendapat cinta DIA yang mahal,ingin mengapai syurga yang jauh teramat mahal,maka niat kerana dia itu sangat2 utama!
maka andai hari in kita ada tersasar niat,kita balik kembali ke pangkalnya,balik kepadanya.insyaallah.

No comments: