Tuesday, 23 December 2014

Masih ade harapan



dulu aku teringin ke sana,

pulun apply kat upu,

namun takdir Allah aku ke tempat lain.

namun aku tetap tak putus asa,

tetap berdoa padanya,

agar aku tetap dapat ke sana,

dan akhirnye...

aku ke sana setelah beberapa bulan kemudian,

cantiknya aturaanya,

dia kabulkan permintaan,

tapi dengan lain perancangan,

aku pergi bukan kerana dapat sambung pengajiaan,

tapi sebab program seminar kesukarelawan..

[ 40 : 60 ]

aku bertambah yakin.. Alhamdulillah.


#usimsumsabah

Monday, 20 October 2014

aku dan DIA sahaja.



Jalan berliku untuk ke tempat yang dirahsiakan,

Tiga bukit harus didaki,

Tawakal dan zikir meniti di bibir,

Allah permudahkanlah urusan kami

Allah selamatkanlah kami,

dan akhirnye,

puncak itu kami berjaya naiki..

memories at sg.lui.

Ibrah terbaik dan hadiah istimewa sempena besday.

[112:2]

Thursday, 11 September 2014

Pengalaman itu dan ini

1 September 2014

First masuk di sana, melihat keadaan semua..

Macam macam rasa.

Ditakdirkan DIA duduk di kolej paling jauh, paling ramai lelaki,paling jauh dengan semua benda.

" Untung nye duduk dekat KKNC ade kafe, bilik macam rumah...dan tak perlu pikir nak jalan-jalan sangat.."

dan di situ kami belajar erti REDHA.

Tunggu bas di depan Fakulti,

" Ke mana?"

"KKNC Pak cik"

"Owwh.."

bas terus berlalu..

terkelan. kadang2 menanti sampai berjam2. 

" Syiera bawak la kereta"

"ikutkan hati memang nak bawak..tapi mak kata,  belajar susah2 dulu"

Di situ kami mula belajar SABAR.

Memang macam2 perkara sudah terjadi, tapi kami tahu, ada aturan yang DIA sudah rancangkan untuk kami...


Sunday, 17 August 2014

Langkah Baru


" Bila keluar result?"
" Ermmm..katanya bulan Ogos, Ummi doakan eh"
"Ummi sentiasa doakan akak..."

----------------------------------------------------------------

"Alhamdulillah...!"
"Tahniah akak...!"

Bulan depan satu langkah baru buatku.
Mohon tembakan doa dari semua, 
agar langkah ku makin kencang...

Wednesday, 7 May 2014

Insan Istimewa




" Adik nak belajar balik..."

Sayu ku mendengar curahan hati dia.

Dia insan istimewa.

Dipilih oleh DIA,

untuk lahir di muka bumi,

dengan sedikit kekurangan.

Kalau orang lain lihat dia,

Pasti rasa dia biasa-biasa sahaja.

tapi bagiku,

Dia insan istimewa yang luar biasa.

ku mengerti hikmah dia hadir dalam hidupku.

Banyak ku pelajari darinya...

terlalu banyak...

" Eee sexynye " katanya.

ku menjengilkan mata.

Namun aku terdiam seketika.

Kenapa mesti ku halang.

Dia berkata perkara yang benar,

takala melihat insan-insan yang sempurna akal tidak ikut perintah Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

ku sedang berbaring sebentar,

ku lihat dia sudah membentang sejadah.

ku lihat jam.

tepat waktu.

Allah! Aku terpana.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

" Kenapa tak dengar bunyi air pun time ambil wudu' tadi "

"Oh.. sebab bukak pelahan je "

ku terdiam.

Subhanallah!


Dik...
walau dikau tidak sempurna akal fikiran,
tapi dikau punyai jiwa penuh ketaatan.

Dik...
walau dikau tidak punyai kudrat seperti orang biasa,
tapi dikau tetap berpegang pada tali agama.

Bagiku,

Dikau tetap sempurna.

" Kalau betul adik nak belajar, adik belajar sungguh-sungguh dekat rumah, insyaallah ada rezeki adik belajar balik ye "

Air ku menitis. Sebak.

Jaga agama Allah ye dik.

Saturday, 26 April 2014

ThrowBack

2012.

Handset berirama lagi.

"Kejap Kejap..."

Tup. " Haa...laa terlambat pulak"

Jom, kita dah lambat ni.

Sekali lagi, handset berbunyi. kali ini bukan handset yang ditangannya, tapi ditangan sahabatnya.

" Assalamualaikum...ye.. Allah! Betul ke? Innalillah...

Terkesima.

"Kenapa?"

"Kakak Kimah, dah tak da..."

2014.

Alhamdulillahi llazi ahyana ba'dama amatana wa ilaihi nusyur.

"Cik Zah batch ke berapa ek?"

"Batch13, kenapa?"

"Ada batch yang sama dengan Cik Zah meninggal "

"Hah???!"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Meski sudah berlalu,
Namun masih tidak percaya...

kedua-dua arwah sudah tiada.
Makin terasa mati itu sangat dekat.

Allahyarhamah Nurul Hafizah , Dekjah sangat ku kenali, dia kakak kepada kawan sebelah meja di kelas ku dulu.
Allahyarham Abu Hanifah, classmateku dulu. Sangat tidak percaya, dia ada dalam gambar kelas kami nanti, tapi di dunia dia sudah tiada lagi.



20April2014

Tiga beradik sedang bergerak pulang ke JB setelah dua hari tinggal di KL.

Bas KKKL bergerak meninggalkan TBS.

Teringatku kepada dua kemalangan yang menimpa orang2 yang ku kenali.
Terdiam sejenak.

Ajal maut ditangannya, kita tidak tahu bagaimana dan bila kematiaan kita.
Dan kita diminta sentiasa bersiap sedia, agar kalimah terakhir di bibir kita...

Kalimah Syahadah.

Toleh ke kiri. Kakak menadah tangan. Ku ikut serta. 



[43:13-14]

Thursday, 3 April 2014

Dia penjaga terbaik!



Sehari sebelum musafir,

" Kita tak bawak balik Shiro's Family tau " 

"Hah??! Tak bawak?? Habis tu macam mana dorang nak makan nanti??"

" Kita sediakan awal-awal, lagipun kita balik KL tak lama, esok pergi, hari lusa nya dah balik..."

Kami semua resah, kami tidak pernah tinggalkan mereka, yelakan, nanti apa-apa yang berlaku dekat dorang bukan siapa yang tahu.

" Ummi...pujuk la abah , bagi kita orang bawak balik dorang, kita orang tak sampai hati nak tinggalkan.."

" Ummi faham, ummi pun tak sampai hati, tapi kita ikut jela kata Abah"

Keesokkan harinya,

" Semua sudah siap?"

"Dah.."

Dalam kereta,

Kami semua memandang sayu..

" Kita tawakal je dekat Allah, doa dekat Allah supaya Allah jaga dorang" Kata Ummi.

Tersentap seketika.

Kalau selalu, kami yang beri mereka makan, kami yang jaga mereka..

Tapi bila keadaan begini berlaku,

Kami terlupa seketika,

Sebenarnya bukan kami yang jaga mereka, bukan kami yang beri makan kepada mereka...

Tetapi DIA, ia , DIA ADALAH  ALLAH.

" Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

( Al-Ankabut:60)


Wednesday, 26 March 2014

529 (Syahid Yang Menghidupkan)



Bertalu-talu berita sedih didengari,
Paling sedih berita ini.

Allahu!
Mereka bakal di tali gantung!

Namun sedikit pun mereka tidak gentar,
malah tersenyum lagi sebelumnya,

mereka tahu kerana akhirnya cita2 mereka tercapai,
AlMauti fi Sabilillah, Asma Amanina.

Mereka mungkin mati di dunia,
Tapi hakikatnya mereka sedang bergembira di sana [2:154].

Siapa yang tidak mahu?
Ahh! Cemburunya ku kepada mereka.Allah!



Ayuh kita rapatkan kembali barisan,
teguhkan panji2 rijal islam.

Dunia kini makin tenat,
Dunia kini makin parah...

Sunday, 16 March 2014

Follow Him

Kisah 1

"Hah yang ni nama nya blues." sambil menunjukkan pencil casenye
"hah?! pencil case pun nak kena ada nama ke?"
" >_<"




Daripada Ibn Abbas ra. berkata: 
“Bahwa setengah barang kepunyaan Rasulullah mempunyai nama-nama tertentu seperti tunggangannya, senjata dan barangannya. Nama bagi panji nabi ialah “al-Uqab”, nama pedang yang digunakan dalam peperangan ialah “Zu- al-Faqar”, nabi juga mempunyai pedang yang lain yang dinamakan “al-Muhtaram dan “ar-Rusub”. (Tabrani)



Rasulullah s.a.w suka menamakan setiap barang kepunyaanNya, seperti gelasnya adalah ar-Rayyan, mangkuknya adalah al-Gharra’, tekonya adalah as-Shadir, tikarnya adalah al-Kaz,  guntingnya adalah al-Jami‘,  cerminnya adalah al-Mudillah.

sumber: Syeikh al-Allamah al-Muhaddits Yusuf Ismail an-Nabhani, Wasa’il
al-Wushul ila Syama’il al-Rasul (Dar el-Minhaj, Beirut, 2009)
Tafsir Al Azhar

kenapa ya diletakkan nama?

Ada 3 kunci untuk memasuki Syurga :

1 Hablu minna Allah
2 Hablu minna Nas
3 Hablu minna Makhluqat

sumber: TanyalahUstaz TV9

Jadi, apabila kita meletakkan nama ke ats barang2 kita, secara tidak langsung kita telah membina satu hubungan baik dengan Makhluqat.

"Ish macam pelik je"

Memang barang2 kita macam pencil case tu, manusia yang buat, tapi sumber ye dari mana? kebanyakkan nya bersumberkan makhluk ciptaan Allah bukan?

Satu Hari
" ermmm...kita jual jelah kereta ni.." (abang)

Pada esoknya,
" eh kenapa kereta ni tak mahu hidup..." (abang)
" mungkin kereta tu merajuk kut, semalam kata nak jual dia.." (ummi)
" -_-' "

mereka juga berperasaan. tak percaya, cubalah guna ayat tu dekat kereta korang nanti.

Jom kita amalkan gaya dan cara interaksi Rasulullah dalam kehidupan, kite sayang nabi kan?
Let's follow his Sunnah!




Thursday, 13 March 2014

Pemuda Kahfi

Setiap hari Khamis malam selalu sudah mula penuh ruang status mukabuka dan pengicau dengan peringatan tentang membaca Alkahfi.




Alhamdulillah, satu kerja yang mengumpul pahala insyaallah. Satu hari, saya membaca sebuah buku karangan Ustaz Hasrizal. 

Ketika membaca buku itu, beliau ada membincangkan isu 'Membaca Alkahfi'. Kita selalu membaca Alkahfi kerana kaifiatnya iaitu salah satunya perlindungan dari Dajjal.


Dalam penulisan beliau itu, beliau menyelar sesiapa yang membaca Alkahfi,hanya sekadar membaca  sahaja. Baca kerana ingin mendapat perlindungan dari Fitnah Dajjal.

Saya terkesima.
Pada mulanya saya kurang mengerti kenapa beliau berkata begitu?
Dan sekarang alhamdulillah saya mula memahami.

Tahukah kita kisah sebenar Pemuda Alkahfi yang diceritakan Allah dalam Surah Alkahfi ayat 9-22?

Ashabulkahfi- kisah sekumpulan pemuda beriman yang melarikan diri ke sebuah Gua kerana ingin menyelamatkan AQIDAH mereka dari pemerintah zalim di waktu itu.

Mereka tidak gentar mengatakan ketauhidan mereka di hadapan pemerintah itu. kerana apa? kerana kuatnya iman dan keyakinan terhadap Allah.

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." 

Rupanya inilah maksud Ustaz Hasrizal, apabila kita tadabbur Surah ini, kita dapat kunci bagaimana hendak melindungi diri dari Fitnah Dajjal.




Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


kuncinya: Mantapkan Aqidah seperti Aqidah Pemuda Kahfi.

Sunday, 9 March 2014

Jagalah Keluarga Kita




8 FEBRUARI 2014

kehilangan MH307, menjadi suatu tragedi yang amat menyedihkan buat kita semua, lebih-lebih lagi keluarga waris yang mengalami kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka,

seandainnya, kitalah salah seorang daripada itu, pasti suatu yang amat menyedihkan, dan menduka-citakan. kita akan merasa sedih dan pilu bila mendengar khabar kematiaan ahli keluarga kita.

namun,sama-sama kita berfikir sejenak, ketika di akhirat kelak, di padang mahsyar, semua sibuk dengan amalan masing-masing, kita tidak akan menghiraukan siapa-siapa pun.

maka, seandai, tiba-tiba salah seorang ahli keluarga kita *nauzubillah min zalik dijunamkan oleh Allah ke dalam Neraka, apa perasaan kita?

ingat peringatan Allah dalam Al-quran :



jadi, ayuh sama-sama kita berpesan-pesan dengan ahli keluarga kita dahulu, kita tarbiyah ahli keluarga kita dahulu, kita mengajak dan menegah di dalam ahli keluarga kita dahulu. Agar kita sama-sama dapat bersama di dalam Syurga NYA.

Saturday, 8 February 2014

insan teristimewa

Setiap kita pasti ada seseorang yang teristimewa dalam hati.

Seseorang itu pasti menjadi teristimewa kerana pelbagai asbab.

untukku,

sudah semestinya kedua ibubapaku :)



kerana apa?

"saya mempunyai ramai adik beradik,ayah saya seorang sahaja yang bekerja,dia sanggup bekerja keras demi menyara kani semua"

salah satu ayat yang aku ungkapkan tika kem motivasi SRIH 2006.

Ayahku,

bekerja bukan sahaja memastikan kami peroleh cukup keperluan, tapi juga tarbiyah yang secukupnya.

semua adik beradik kami lepasan SMIH dan SRIH.

rasanya tidak terhitung jari mengira tanggungan ayahku.

Ibuku,

dialah peneman setia ku,

aku sakit dia setia bersamaku.

tak terungkap lagi jasanya tika menanggung kesakitan melahirkan adik beradik ku.

setiap insan ada kelemahan,namun bagiku sudah cukup untukku melupakan segala kelemahan itu dek kepayahan dan pengorbanan mereka yang mengunung.


ummi abah,
anakmu ini bukanlah anak yang sebaik uwaiz al-qarni,
yang sanggup mengangkat ibunya dari Yaman ke Mekahtul Mukarramah,

ummi abah,
anakmu ini bukanlah anak yang sebaik fatimah az-zaharah,
yang setia di samping baginda muhammad s.a.w tika susah dan senang dalam kerja dakwah,

namun,
ummi abah,
anakmu akan sentiasa cuba menjadi anak yang terbaik untukkmu,
anakmu akan sentiasa berusaha menjadi anak yang sejuk mata memandang buat dirimu.

moga kita bersama di Jannatul Firdausi.

Love You until the end of my Life.



Sayangilah ibubapa kita sebelum salah satu dijemput illahi atau kita dahulu pergi meninggalkan mereka buat selama-lama nya.



Sunday, 5 January 2014

duakosongsatuempat

sepuluh tahun yang dulu..

~ Hari Induksi Tahun Empat~

di dewan darjah enam, sebilangan pelajar darjah empat mula memenuhi tempat di hadapan pentas.
Hari ini, tercatat dalam sejarah hidup mereka, mereka sudah meningkat usia, menjadi antara pelajar tahap dua di sekolah itu.

" Baik murid-murid semua, cuba lihat gambar A dan B itu, apa bezanya?"

murid-murid mula menekun memerhatikannya..

" gambar A, murid tu macam da dewasa sikit, yang B tu macam kanak-kanak lagi"

" Ye betol! Itulah perumpaan kamu sekarang, kamu semua perlu sedar sekarang umur kamu sudah ditahap remaja, kamu bukan kanak-kanak lagi.."

itulah antara rentetan yang diingati sepuluh tahun dulu.

dan kini, sepuluh tahun kemudian. alhamdulillah, umur sudah menjangkau 2 dekad.

bezanya..

kalau dulu ada orang mengingatkan tentang umur yang sudah meningkat, tapi kali ini, diri sendiri yang perlu mengingatkan diri sendiri. MUHASABAH sejenak.

"selama kita mula hidup di dunia hingga kini, berapa banyak kali kita khusyuk dalam solat?"

"selama kita mula hidup di dunia hingga ke hari ini, berapa banyak kali kita khatam Alquran?"

"selama kita mula hidup di dunia hingga ke hari ini, berapa banyak kali kita ingat Mati"?

"selama kita mula hidup hingga ke hari ini, apa yang sudah kita beri untuk dakwah dan tarbiyah?"

hitung dan hitunglah amalan kita, sebelum kita dihitung di hari perhitungan.


T _T (peringatan untuk diri )