Thursday, 13 March 2014

Pemuda Kahfi

Setiap hari Khamis malam selalu sudah mula penuh ruang status mukabuka dan pengicau dengan peringatan tentang membaca Alkahfi.




Alhamdulillah, satu kerja yang mengumpul pahala insyaallah. Satu hari, saya membaca sebuah buku karangan Ustaz Hasrizal. 

Ketika membaca buku itu, beliau ada membincangkan isu 'Membaca Alkahfi'. Kita selalu membaca Alkahfi kerana kaifiatnya iaitu salah satunya perlindungan dari Dajjal.


Dalam penulisan beliau itu, beliau menyelar sesiapa yang membaca Alkahfi,hanya sekadar membaca  sahaja. Baca kerana ingin mendapat perlindungan dari Fitnah Dajjal.

Saya terkesima.
Pada mulanya saya kurang mengerti kenapa beliau berkata begitu?
Dan sekarang alhamdulillah saya mula memahami.

Tahukah kita kisah sebenar Pemuda Alkahfi yang diceritakan Allah dalam Surah Alkahfi ayat 9-22?

Ashabulkahfi- kisah sekumpulan pemuda beriman yang melarikan diri ke sebuah Gua kerana ingin menyelamatkan AQIDAH mereka dari pemerintah zalim di waktu itu.

Mereka tidak gentar mengatakan ketauhidan mereka di hadapan pemerintah itu. kerana apa? kerana kuatnya iman dan keyakinan terhadap Allah.

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." 

Rupanya inilah maksud Ustaz Hasrizal, apabila kita tadabbur Surah ini, kita dapat kunci bagaimana hendak melindungi diri dari Fitnah Dajjal.




Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


kuncinya: Mantapkan Aqidah seperti Aqidah Pemuda Kahfi.

No comments: