Monday, 24 September 2018

Abah dan Konvo


Alhamdulillah. Setelah 4 tahun di bumi USIM, masa untuk bergraduasi telah pun tiba. Sebak, kerana tidak ku sangka akhirnya ku berjaya menghabiskan pengajian di situ. Moga Allah permudahkan langkahku yang seterusnya dan moga-moga ku dapat memaknakan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaiknya.

Namun dalam sebak kegembiraan yang ku rasa terselit juga sebak kesedihan dalam jiwa. Kerana.. Ku tak sempat bergraduasi bersama Ayahanda tercinta. Memang satu impianku, ingin menghadiahkan kejayaan ini buat Abah sebabnya...

Sepanjang pengajianku di sini, aku totally di bawah tangungan Abah. Kami tidaklah kaya mana tapi begitulah kalau kita berpendapatan kelas kedua. Walau result gilang gemilang tapi jika pendapatan parents tahap mampu, maka sukar untuk kita perolehnya. Aku akur takdir rezeki ini tetapi apabila aku diberi rezeki begini, membuatkan diriku tidak main-main semasa belajar.

Bila terasa malas study, aku akan teringat Abah. Bila terasa malas nak ke kelas, aku akan teringat Abah. Dan disebabkan tu, jadi tak jadi nak buat semua benda tu. Dan disebabkan itu juga, aku akan sedaya upaya struggle maintainkan pointerku atas sebab Abah.

Tiap kali aku dapat results, aku akan terus jumpa abah atau message abah bagitahu results aku. Dan tiap kali tu, aku sentiasa nampak senyum bangga dia padaku. Dan sebenarnya aku teringin sangat-sangat membawa abah masuk ke Universiti tempat ku belajar ini (sebab abah tak pernah sempat jejak, dia hanya sempat menjejakkan kaki di KKNC saja) dan bergambar di hari konvokesyen ku tanda penghargaan aku pada Abah yang telah menanggung aku di sini. Tetapi...takdir Allah, Abah pergi sebelum sempat melihatku berjubah konvo di sini.

Moga sekecil hati seorang Asma sentiasa tabah dan sabar menerima segala takdir, yang pasti ada ganjarannya buat mereka yang bersabar.

"Fasobrun Jamil"

Tenanglah Abah di sana, Moga atas asbab segala yang Abah dah buat untuk Miza ni, Allah ganjari Syurga tanpa hisab buatmu. :')

Monday, 4 June 2018

Nanti kita jumpa lagi :)

Masih merah tanah perkuburan ayahanda tercinta. Mengamit rindu yang bersarang dijiwa. 



Selasa, 29 Mei 2018, Hospital Putrajaya)

Dapat cuti sehari sempena Wesak Day dimanfaatkanku sebaiknya untuk melawat ayahanda tercinta. Sesampai di Wad 4A, Abah kurang selera makan. Tapi kami pujuk abah makan sikit. Ku suap satu persatu makanan ke mulut abah. Bergilir-gilir dengan adik beradiku yang lain, sambil-sambil urut abah. Terasa tulang belulangnya, membuatku sebak, perbezaan yang ketara keadaan abah dulu dan kini. Kami stay di samping Abah hingga habis waktu melawat.

Tepat 7.00 malam, Kak long ajak turun sebab waktu melawat dah habis. Waktu tu terasa berat sangat nak tinggalkan Abah. Tapi ku gagahkan juga hati, ku kucup dahi abah lama terasa taknak tinggalkan abah walau sesaat. Tapi terpaksa jua.

(30 Mei 2018, Hospital Putrajaya)

Waktu ini abangku yang bekerja Dr yang jaga Abah. Pada hari tu, ku bekerja seperti biasa tapi dari sudut hatiku ada sisi kurang gembira di jiwa. Tak tahu kenapa. Anehnya juga hari tu, hampir semua customer yang berhubung dengan diriku bertanya mengenai kes kematiaan, bagaimana nak bayar hutang fidyah. Tapi ku tolak saja perasaan yang bukan bukan tu. Sambil-sambil bekerja, sambil-sambil tu ku terus melihat skrin hensetku untuk mengetahui perkembangan Abah. 

Start dalam tengahari, Abangku berkata kepada kami, dia kata abah tiada improvement dan makin teruk. Dr check jantung dan ada sedikit serangan jantung tapi silent. Waktu ini, ku mula resah. Abangku panggil semua balik, sebabnya Abah dah kritikal sangat katanya dan menunggu untuk dimasukkan ICU. Bila abangku kata demikian, ku terus berjumpa supervisor untuk ambil separuh hari dan terus cuti.

Kami sampai di Hospital Putrajaya pada waktu melawat dah tamat, tetapi dalam hati kami, kami tidak mahu tinggalkan hospital tu. Dan waktu, dalam hati meronta-ronta nak naik tengok Abah, tapi Kak long kata mereka tanya guard situ sebelum tu, dan mereka kata tak boleh naik. Hampir putus asa jugak tapi dalam hati tetap taknak balik dan stay situ saja. Waktu tu juga kami sedang menunggu adik beradik yang datang dari Johor. 

Kemudian, Makcik ku minta try mintak izin naik untuk letak radio bacaan yasin kepada Abah. Waktu tu ragu-ragu boleh ke, tapi disebabkan perasaan nak naik sangat ku cuba juga pergi ke guard dan bertanya, dan Alhamdulillah ku diizinkan naik. Sesampai di katil Abah, sudah kedengaran alunan bacaan Al-Quran di situ yang dipasang oleh pihak hospital. Hanya di biliknya saja dipasang. Ku pandang wajah Abah, kelihatan berbirat-birat tali-tali dimasukkan dan diletakkan di badan dan saluran penafasan Abah.

Ku dekati ke Abah, dan ku kata padanya, "Abah terima kasih atas segala jasa Abah, Maafkan salah silap miza, Abah kuat". Ku lihat ada sikit air mata abah mengalir. 

(31 Mei 2018, Hospital Putrajaya)

Lebih kurang pukul 9.00 pagi, Ummi dapat panggilan dari Hospital, Dr kata denyutan jantung abah terhenti dan mereka buat CPR, after 12 min denyutan jantung Abah ada semula. Kami semua terus bersiap dan bergegas ke Hospital. Sampai di sana, Dr ingin berjumpa dengan abangku untuk explain keadaan Abah. Bila abangku datang, Dr explain pada dia, setelah itu dia datang kepada kami, dia kata dr bagitahu keadaan sebenarnya sangat kritikal, sebabnya mereka dah beri ubat pada Abah yang dos paling tinggi tapi kondisi Abah tetap tidak berubah malah makin menurun. Jadi andaikata terjadi lagi seperti pagi sebelumnya itu, kita masih nak terus buat CPR? Dan kami adik beradik sepakat buat CPR. 

Seusai solat zuhor, ku naik lagi sekali bersama ummi. Waktu itu, ku mula rasa lain pada Abah. Keadaan bau di bilik itu sudah lain macam. Wajah Abah pun sudah nampak lain dari sebelum ni ku datang. Di mulut Abah mula kelihatan buih-buih kecil. Kemudian ummi pergi turun tukar giliran dengan ahli keluarga yang lain. Pada waktu ku ambil kesempatan membaca yasin. Tak tahu kenapa, tapi untuk kali itu, terasa lain macam bila membacanya. Ku baca satu persatu sambil mengesat air mata yang deras mengalir. 

Kemudian ku pergi kepada Abah, ku kucup dahinya, dan seraya berkata, "Abah, Miza redha...". Terus ku berlalu pergi tanpa menyeka air mata yang laju mengalir.

(4.00 PM, 31 MEI 2018, HOSPITAL PUTRAJAYA)

Abangku panggil semua naik ke atas, kerana nadi ayahku lemah. Dr dan nurse sedang berusaha buat CPR kepada Abahku. Mereka akan buat selama 30 minit, andaikata tiada respon...

Dan setiap minit kami hitung penuh pengharapan. Namun tepat 4.30 PM, Dr pergi ke ummiku, dan berkata, Abah sudah tiada.

-------------------------------------------------

Sebelum pemergiaan Abah, Abangku cerita sewaktu dia jaga Abahku dia bertanya pada Abah, Abah lepas ni nak tinggal mana ? (Kalau ikutkan dia akan tinggal bersama Abangku ini). Namun Abah jawab sambil mengunakan isyarat tangan jari telunjuk ke langit. Abang ku bertanya beberapa kali namun tetap sama jawapan Abah.

(Innalillah Wa Inna Ilaihi Rajiun, Al-Fatihan buat Abah tercinta Allahyarham Haji Mohamad Ghazali Hashim, 4.30 PM, 31 MEI 2018, 15 RAMADHAN)

Alhamdulillah, Abah pergi di bulan Mulia dan segala urusannya sangat mudah diuruskan. In Sha Allah kita jumpa lagi ye Abah di sana :)

Sunday, 18 March 2018

Sayang Seorang Abah



Every person berbeza cara menzahirkan cara sayang mereka. And My dad cara sayang dia more to action.

Pernah sekali tu, Abah ternampak beg tangan yang saya selalu bawak ke hulu ke hilir, then abah kata " Macam dah teruk je beg tu". Lepas tu saya kata kat abah " Haah lah sikit tapi boleh guna lagi". After that, beberapa bulan kut ke tahun ke, Abah pergi German, patu abah hantar gambar kat group family tunjuk hadiah yang dia beli untuk anak anak. and saya, abah beri gambar beg. :)



Lepas tu masa dekat German tu jugak, kerana Abah tahu saya suka tengok bunga dengan snow, abah snap dan bagi dekat group lepas tu tulis, " Ini untuk miza " :)

And everytime saya balik Johor dari Kolej. Abah mesti beli ketam. Sebab abah tahu miza dia ni suka. Pernah jugak, masa tu cakap kat abah " Abah sedapnya pisang cheese" time tu macam craving jugak lah. Alih alih beberapa hari kemudiaan, Abah bawak balik dari kerja pisang cheese. :)

Abah, thanks for being my great father. I know I'm not a really good daughter but I wish I can be a good daughter for the rest of your life. 



Sayang Seorang Abah 💓

Friday, 12 January 2018

Dari talaqqi kepada kajian


Seawal tahun 3, dah mula target pada diri nak buat kajian dalam bidang comparative religion tak mahu bidang selain dari tu sebab bidang lain lain tu perlu menghadap bahasa arab dan nak buat di bawah seliaan Madam Roslizawati. Dan kalau boleh nak avoid dari dapat Ustaz Wan ( maaf ustaz) sebabnya senior-senior bagitahu dengan Ustaz memang sakit. Kemudian bila masuk Tahun 3 sem 2, terlewat dua minggu dari masuk kuliah atas sebab mengikuti program sukarelawan under Kementerian Pendidikan Tinggi. Sewaktu di sana, langsung tiada line hanya berharap ihsan daripada kawan kawan sekumpulan. Sekali satu malam ini, dok bukak sebentar whatsapp sebab nak tengok ada apa apa perkembangan pasal kuliah atau tidak, kemudian terus ternampak link untuk mengisi tajuk dan pilih nama penyelia. Kelam kabut dok fikir tajuk. Dan pada waktu ini dah memang terlewat mengisi. Ramai waktu tu dah mengisi. Dan konsep pemilihan SV ini first comes first serve. Jadi bertawakal saja dapat atau tidak dengan Madam Liza.

Naik sesi kuliah, diumumkan nama-nama penyelia dan pelajar seliaan mereka. Dan saya, dapat Ustaz Wan. Waktu tu pasrah sajalah. Dan beberapa hari selepas itu, jumpa Ustaz untuk bincang tajuk. Dan saya memberi cadangan tajuk untuk bidang Comparative Religion. Dan tajuk tak dapat nak proceed lagi sewaktu perjumpaan pertama. Ustaz mintak cari bahan dulu. Cuba sehabis mungkin untuk cari. Dan selepas itu, rasa gelisah sebab tajuk tak proceed lagi. Last-last jumpa ustaz sendiri selepas kelas tutor dengan dia. Then, dia menyarankan kepada ku membuat tajuk 'Penawar Bagi Hati'. Buku Talaqqi saya. Dan bidang untuk tajuk ini, bidang tasawuf  dan ianya bahasa Arab. (facepalm)

Takdir yang Allah susun kepadaku, saya dapat SV yang saya taknak, saya dapat tajuk yang saya taknak. But Alhamdulillah, rupanya inilah yang terbaik buat diriku buat masa kini. Ustaz sangat mengajar kami cara membuat thesis yang sebenarnya. Perit memang perit tapi ilmu ini tiada tandinganya berbanding keperitan yang dialami. Alhamdulillah2x. Tapi jujur bukan mudah buat saya. Perlu hadap ketiga-tiga bahasa dan semuanya perlu ditulis dengan bahasa inggeris. Sangat mencabar. Lebih-lebih lagi part menterjemah teks buku berkenaan. Perlu meletakkan perkataan yang sesuai untuk memastikan maksud nya tak lari. Perlu hadap empat kamus arab untuk mencari makna Qalb itu apa. dan kalau ikutkan ustaz suruh buat lima kamus arab. (facepalm)


Tepat 10 Januari 2018, thesis saya yang bertajuk "An Annotated Translation 'Abd Qadir Al-Mandili 's Penawar Bagi Hati : A Study on the Meaning of Qalb" berjaya di hantar. Moga memberi manfaat pada diri.