Masih merah tanah perkuburan ayahanda tercinta. Mengamit rindu yang bersarang dijiwa.
Selasa, 29 Mei 2018, Hospital Putrajaya)
Dapat cuti sehari sempena Wesak Day dimanfaatkanku sebaiknya untuk melawat ayahanda tercinta. Sesampai di Wad 4A, Abah kurang selera makan. Tapi kami pujuk abah makan sikit. Ku suap satu persatu makanan ke mulut abah. Bergilir-gilir dengan adik beradiku yang lain, sambil-sambil urut abah. Terasa tulang belulangnya, membuatku sebak, perbezaan yang ketara keadaan abah dulu dan kini. Kami stay di samping Abah hingga habis waktu melawat.
Tepat 7.00 malam, Kak long ajak turun sebab waktu melawat dah habis. Waktu tu terasa berat sangat nak tinggalkan Abah. Tapi ku gagahkan juga hati, ku kucup dahi abah lama terasa taknak tinggalkan abah walau sesaat. Tapi terpaksa jua.
(30 Mei 2018, Hospital Putrajaya)
Waktu ini abangku yang bekerja Dr yang jaga Abah. Pada hari tu, ku bekerja seperti biasa tapi dari sudut hatiku ada sisi kurang gembira di jiwa. Tak tahu kenapa. Anehnya juga hari tu, hampir semua customer yang berhubung dengan diriku bertanya mengenai kes kematiaan, bagaimana nak bayar hutang fidyah. Tapi ku tolak saja perasaan yang bukan bukan tu. Sambil-sambil bekerja, sambil-sambil tu ku terus melihat skrin hensetku untuk mengetahui perkembangan Abah.
Start dalam tengahari, Abangku berkata kepada kami, dia kata abah tiada improvement dan makin teruk. Dr check jantung dan ada sedikit serangan jantung tapi silent. Waktu ini, ku mula resah. Abangku panggil semua balik, sebabnya Abah dah kritikal sangat katanya dan menunggu untuk dimasukkan ICU. Bila abangku kata demikian, ku terus berjumpa supervisor untuk ambil separuh hari dan terus cuti.
Kami sampai di Hospital Putrajaya pada waktu melawat dah tamat, tetapi dalam hati kami, kami tidak mahu tinggalkan hospital tu. Dan waktu, dalam hati meronta-ronta nak naik tengok Abah, tapi Kak long kata mereka tanya guard situ sebelum tu, dan mereka kata tak boleh naik. Hampir putus asa jugak tapi dalam hati tetap taknak balik dan stay situ saja. Waktu tu juga kami sedang menunggu adik beradik yang datang dari Johor.
Kemudian, Makcik ku minta try mintak izin naik untuk letak radio bacaan yasin kepada Abah. Waktu tu ragu-ragu boleh ke, tapi disebabkan perasaan nak naik sangat ku cuba juga pergi ke guard dan bertanya, dan Alhamdulillah ku diizinkan naik. Sesampai di katil Abah, sudah kedengaran alunan bacaan Al-Quran di situ yang dipasang oleh pihak hospital. Hanya di biliknya saja dipasang. Ku pandang wajah Abah, kelihatan berbirat-birat tali-tali dimasukkan dan diletakkan di badan dan saluran penafasan Abah.
Ku dekati ke Abah, dan ku kata padanya, "Abah terima kasih atas segala jasa Abah, Maafkan salah silap miza, Abah kuat". Ku lihat ada sikit air mata abah mengalir.
(31 Mei 2018, Hospital Putrajaya)
Lebih kurang pukul 9.00 pagi, Ummi dapat panggilan dari Hospital, Dr kata denyutan jantung abah terhenti dan mereka buat CPR, after 12 min denyutan jantung Abah ada semula. Kami semua terus bersiap dan bergegas ke Hospital. Sampai di sana, Dr ingin berjumpa dengan abangku untuk explain keadaan Abah. Bila abangku datang, Dr explain pada dia, setelah itu dia datang kepada kami, dia kata dr bagitahu keadaan sebenarnya sangat kritikal, sebabnya mereka dah beri ubat pada Abah yang dos paling tinggi tapi kondisi Abah tetap tidak berubah malah makin menurun. Jadi andaikata terjadi lagi seperti pagi sebelumnya itu, kita masih nak terus buat CPR? Dan kami adik beradik sepakat buat CPR.
Seusai solat zuhor, ku naik lagi sekali bersama ummi. Waktu itu, ku mula rasa lain pada Abah. Keadaan bau di bilik itu sudah lain macam. Wajah Abah pun sudah nampak lain dari sebelum ni ku datang. Di mulut Abah mula kelihatan buih-buih kecil. Kemudian ummi pergi turun tukar giliran dengan ahli keluarga yang lain. Pada waktu ku ambil kesempatan membaca yasin. Tak tahu kenapa, tapi untuk kali itu, terasa lain macam bila membacanya. Ku baca satu persatu sambil mengesat air mata yang deras mengalir.
Kemudian ku pergi kepada Abah, ku kucup dahinya, dan seraya berkata, "Abah, Miza redha...". Terus ku berlalu pergi tanpa menyeka air mata yang laju mengalir.
(4.00 PM, 31 MEI 2018, HOSPITAL PUTRAJAYA)
Abangku panggil semua naik ke atas, kerana nadi ayahku lemah. Dr dan nurse sedang berusaha buat CPR kepada Abahku. Mereka akan buat selama 30 minit, andaikata tiada respon...
Dan setiap minit kami hitung penuh pengharapan. Namun tepat 4.30 PM, Dr pergi ke ummiku, dan berkata, Abah sudah tiada.
-------------------------------------------------
Sebelum pemergiaan Abah, Abangku cerita sewaktu dia jaga Abahku dia bertanya pada Abah, Abah lepas ni nak tinggal mana ? (Kalau ikutkan dia akan tinggal bersama Abangku ini). Namun Abah jawab sambil mengunakan isyarat tangan jari telunjuk ke langit. Abang ku bertanya beberapa kali namun tetap sama jawapan Abah.
(Innalillah Wa Inna Ilaihi Rajiun, Al-Fatihan buat Abah tercinta Allahyarham Haji Mohamad Ghazali Hashim, 4.30 PM, 31 MEI 2018, 15 RAMADHAN)
Alhamdulillah, Abah pergi di bulan Mulia dan segala urusannya sangat mudah diuruskan. In Sha Allah kita jumpa lagi ye Abah di sana :)
1 comment:
Mizaaa sungguh akak nangis baca ni. Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wafuanhu. Moga Allah kuatkan miza dan keluarga.
Post a Comment