Monday, 26 August 2013

Mata yang tersembunyi

Syawal 1434h.

"ummi bole ke misya tak ikut beraya?"
"eh kenapa tak nak ikut"
"misya demam la ummi"
"allahu akhbar,ummi risau kalau misya tinggal sorang2,xpalah ikut je eh"

Dalam keberatan,misya turuti juga.sepanjang perjalanan dia hanya terbaring sahaja.

Tika kami singgah sebentar di petrol.
"misya nak pesan ape2 tak?"
"belikan misya air 100plus bole"

Setelah itu,kami teruskan perjalanan,tiba di plaza tol.kakak misya kelam kabut mencari card touch n go nye.

Card touch n go hilaaang??!

Kakak misya kerisauan.kerana untuk dia temui balik card itu amat tepis sekali.pada keesokkan harinya.kakak misya cuba mencari card itu di petrol stesen yang dipergi semalam.

"cik,bole saya tanya ada tak card touch n go terjatuh kat sini?"
"owh cik la pemiliknye,ade orang yg memberinya kepada kami"
"ye!alhamdulillah"

Subhanallah hebatnya orang itu,kerana apa?kerana dia yakin ada yang maha melihat,maka dia tidak mengambil yang bukan haknya.

Aku teringat tika di sekolah dulu.ustazah ku bercerita:

Tika zaman pemerintahan saidina umar al-khatab,beliau terkenal dengan cara pemerintahan yang datang secara langsung kepada rakyatnya tanpa mereka ketahui itulah pemerintah mereka.

Pada suatu hari,saidina umar berjumpa dengan seorang pengembala kambing.dia berkata kepada pengembala itu:

"bolekah saya ingin membeli kambing ini?"
Pemuda itu menjawab "maaf tuan.kambing ini bukan saya punya,saya hanya ditugaskan untuk menggembalanya sahaja."
Kemudian beliau berkata lagi "takpa tuan mu tidak mengetahui"
Namun kata pemuda itu "ya tuan,memang tuan saya tak mengetahui,tapi ada yang mengetahui setiap perlakuan saya,iaitu alllah.sungguh saya takut kepada dia yang maha melihat"

Betapa hebatnya mereka seperti ini.takut kepada yang maha melihat.ayuh sama2 kita tanamkan keimanan dalam diri agar kelak kita menjadi hamba yang bertakwa kepada illahi.
Waallahu a'lam



No comments: