Monday, 5 August 2013

M.A.T.I dan redha

sedang ariana lena diulit mimpi..

"adik..adik..bangun.."
dikesat alis mata.terlihat bayangan susuk tubuh seseorang.

"adik..cepat bangun.."
kelihatan butir air mata berguguran.eh akak nangis.
ariana bingkas bangun tanpa mengerti.


"adik..cepat siap..kita kena bertolak pergi rumah mak Uda"
terkesima seketika.sepupuku sudah tiada?

terasa baru berjumpa dengannya,namun tiba2...
dalam diam,ariana menahan sebak..

dalam masa kurang setahun,keluarganya ditimpa berkali-kali berita kematiaan.

.2013.

kini sudah hampir 4tahun permegiaan sepupunya,juga neneknya.

terimbau seketika ariana takala neneknya ada dahulu.teringat juga sepupunya yang merupakan seorang hafiz alquran.

kalau dia,
tika bila ya?
adakah takala sekarang,sebelum syawal dapat disambut?
atau tahun depan sebelum ramadhan dijumpa lagi?

sungguh ajal itu pasti.kalau imam Ghazali,dia cari sahabat yang bole bawa ke liang lahad,iaitu amalan soleh,kalau kita?
Maksud Firman Allah s.w.t :"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."( Surah Ali Imran ayat 185 )

kita tak tahu bila kan maut menjelma,mungkin takala sedang makan,tidur,main blogger ni.
dan bila dia menjelma ia takkan ditunda kan?


Maksud Firman Allah s.w.t:"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."(Surah al-A'raf ayat 34)

"Ya allah ku mohon matikan lah diriku dengan khusnul khatimah,pergi dalam radhitulillah"


No comments: