Alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke hari ini. Semestinya ianya nikmat yang tidak ternilai untuk kita yang lebih lebih lagi mampu bernafas dalam ruangan iman dan islam. 2016 pergi membawa seribu bermacam cerita dan juga kenangan yang tercipta. Di sinilah detik getir buat diri, kerana pelbagai perkara yang muncul dan semuannya sangat menguji diri dan juga kematangan diri.
Fatrah tahun dua, diberi mandat memegang dua portfolio di dua persatuaan berbeza. Bukan mudah untuk mengimbanginya ditambah dengan aktiviti luar, sangat menguji komitmen dan pengurusan diri. Pertama sekali dalam diri mencebur kembali dalam dunia perdebatan yang telah ditinggalakan. Meski terkandas di peringkat suku akhir, namun diri tetap berpuas hati kerana itu terbaik buat masa itu. Bertitik tolak dari situlah, akhirnya berjaya mencapai impian diri menjadi ahli debat USIM*tapi tak aktif mana.
Habis tahun 2 dengan pelbagai memori dan kenangan manis, berpeluang mengenali lebih ramai manusia yang pelbagai. Dan semestinya banyak mengajarku bermacam perkara.
Naik pula di Tahun 3, waktu melepaskan semua perkara dengan sebaiknya, memastikan adek-adek mampu membawa delegasi kita dengan sebaiknya, meski bukanlah contoh yang terbaik namun berharap mampu menjadi yang terbaik. Namun, ini juga antara waktu paling sukar dalam hidup. Waktu yang sangat menguji diri membuat keputusan yang terbaik { Musim PRK }. Sejak awal mula diuarkan, sudah menjadi target untuk bertanding. Namun tetap perancangan Allah itu paling terbaik. Dibolakkan hati di saat akhir untuk menarik diri. Dan alhamdulillah rupanya Allah sudah susun cantik perancangannya buatku.
Melepaskan diri dari bertanding kerusi MPP, terlepas memenangi kerusi PMFKP. Dan rupanya kerana Allah ingin sediakan tempatku di KREWMPP. Sewaktu ini, sangat mengajarku pelbagai erti, Erti Istikharah dan erti Musyawarah dengan pelbagai pihak. Dan rupanya, di mana ku berada kini inilah paling terbaik. Alhamdulillah..
Dan kini 2017 sudah menjelma, moga menjadi lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa dimudahkan dalam semua perkara.
~ 89 : 27-30 ~
No comments:
Post a Comment