Sudah hampir sebulan ditelan arus
masa segala memori Misi Sukarelawan Siswa YSS Asean Ke Miri Sarawak. Namun
lakaran kenangan terindah di sana masih mengusik di kalbu jiwa buat semua para
sukarelawan yang berbakti di sana. Alhamdulillah walau sudah berjauhan namun
ikatan persahabatan juga kasih dan sayang masih tetap utuh hingga ke hari ini.
Misi ini bukan sahaja mendidik dan membentuk kami berfikir dan bertindak
seperti Pemimpin malahan memberi banyak pendedahan buat kami semua dengan
pelbagai skill dan pengalaman.
"Aku yang dulu bukanlah yang
sekarang" itu yang mampuku katakan setelah lebih 2 minggu mengikuti Misi
ini. Ya, walaupun semenjak di tahun satu lagi, saya sudah banyak kali mengikuti
program - program sukarelawan di atas sebab saya merupakan salah seorang ahli
majlis tertinggi di dalam Persatuan Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa USIM,
namun misi ini jauh berbeza cara
pengendaliannya dan impaknya juga jauh lebih besar. Aku yang dahulu tak pernah
mengembur tanah, menanam pokok, mencangkul tanah malah memotong buluh, namun di
sini segalanya telah saya lakukan. Dahulu, tangan kekok untuk melukis namun
dari misi ini aku belajar melukis bukan di kertas tetapi di dinding. Pergi ke
Misi ini ibarat saya menjadi pelbagai manusia, kadang kadang menjadi arkitek,
kadang kadang bertukar kepada pendidik dan kadang kadang bertukar menjadi
perkebun juga kadang kadang menjadi nurse.
Yang paling manis, saya dapat belajar
budaya di sini, bergaul dan hormat menghormati antara satu sama lain meski kita
berlainan agama dan dari suku yang berbeza. Immersion yang ingin diterapkan
oleh YSS ke dalam diri setiap peserta Sukarelawan di sini ku kira ianya berjaya
digapai. Kerana jika ingin dikira sememangnya terlalu banyak adat budaya yang
diajar oleh Host Family kepada kami, yang paling akan ku ingat ketika Majlis
Ranyai, bukan hanya kerana ianya upacara yang pertama kali ku lihat namun ianya
kerana di dalam upacara inilah terukir sejarah hidupku menari tarian ngajat
maka secara tak langsung menjadi satu catatan diari kehidupanku buat pertama
kali dalam sejarah hidup menari tarian ngajat. Sekalung ribuan terima kasih
buat Dato Zuraidah yang sentiasa memberi suntikan semangat buat kami, dan
mengajar kami menjadi bukan sekadar pemimpin sukarelawan yang biasa biasa
tetapi yang luar biasa in sha Allah. Juga kepada semua rakan rakan sekampung RH
Mentali, yang tak jemu mengajar aku, dari zero kepada hero. Seterusnya seluruh
keluarga RH Mentali yang banyak memberi bantuan juga layanan yang terbaik
kepada kami.
Moga terus dibuka peluang untuk terus
belajar dan belajar.
No comments:
Post a Comment