Sunday 30 December 2012

sunnah nabi terchenta

malam mula melabuh tirai, TV mula dibuka,semua siaran bakal menutup acara,ditekan butang siaran alhijrah..
tika itu segmen muhasabah..
mata tertacap pada televisyen,mendengar sambil menghayati makna yang disampaikan..

"ayuh sidang hadirin semua,kita check balik amalan2 kita pada hari ini sebelum kita melabuh badan di atas bantal jua katil yang empuk itu,adakah kita sudah mengamalkan sunnah nabi kita sebaiknya?,tidak kiralah yg sunat atau yang wajib,andai yang wajib seperti solat,bagaimana keadaan kita ingin menunaikannya pada hari ini?mengikut sunnah nabi atau tidak?adakah kita segerakan solat atau sengaja dilewat2kan?mari sama2 bermuhasabah.."

jiwa tersentak!

sungguh syurga allah itu sangat mahal,ianya hanya untuk mereka yang sangat mahal..

pesan seorang murobbi:
jika kita segerakan solat,maka allah tak teragak2 untuk mensegerakan permintaan hambanya itu,jika kita melambat2kan solat,maka allah pun akan melambat2kan lah permintaan kita..

jadi yang mana kita nak??


Tuesday 25 December 2012

pergi makan angin,solat tetap solat.







trip to kedah,langkawi


perjalanan yang sangat dan teramatlah jauh,mencipta pelbagai memoir terindah!melihat kebesaran illahi di sepanjang perjalanan,akhirnya sampai juga di negeri jelapang padi..

seawal pagi lagi di jeti kuala kedah sudah sesak dengan manusiawi..
 sesampai di langkawi juga tak kurang sesaknya,menanti kereta sewa memang 'xlama'..xpa..fasabrun jamil.

perjalanan menjelajah pulau langkawi pun bermula..
pelbagai tempat kami kunjungi..

tika solat zuhor mula memasuki waktunya..

abah: oke,kita berhenti solat dulu ye buat jama' taqdim.
kami:alaa..nape tak buat jama' takhir..
abah:mmg kita bole buat jama' takhir,tpi kita xtahu bile ajal kita datang,bila kita tunaikan solat dulu insyaallah nanti segala2nya akan menjadi mudah..perjalanan akan menjadi lebih teratur..

kami semua terkedu,betol kata abah,alhamdulillah abah kami orang yang sangat2 menjaga waktu solat..moga kami juga akan begitu..

sebagai seorang muslim,harus bagi kita mengambil berat setiap perkara2 yg lebih patut diutamakan,salah satunya ialah SOLAT,ianya sangat2lah wajib kita utamakan.moga hari2 kita sentiasa bertambah amalan.


Friday 14 December 2012

muhasabah solat kita



waktu kecil-kecil dahulu..selalunya kita yang masih kecil lagi ini..

ummi: arisya..bangun,subuh dah masuk..
arisya masih lagi tak bergerak..

ummi:arisya..bangun nak,solat subuh..
arisya:hurm..

matanya tetap tertutup sambil berjalan menuju ke tandas..
sementara menunggu yang lain..
arisya tersengguk-sengguk di atas sejadah..
takala dalam solat..arisya selalu ingin cepat habis..

itu kisah dulu..

andai sekarang kita sudah dewasa..bagaimana solat kita ya?masih lagi macam dulu?atau ada yang sampai jadi 'subuh gajah'?khusyuk kita macam mana?ke sama macam dulu?

muhasabah balik ,pertingkatkan kembali solat kita seiring dengan umur kita..
amalkan sunnah nabi takala mahu tidur insyaallah mudah untuk kita bangun pagi..
saat masih lagi kecil juga perlu ditekankan kepentingan solat,agar bila sudah besar makin mudah mengamalkan..



Sunday 9 December 2012

sihatkan diri kita!

bintang-bintang mula bersinar terang,
ceria menyambut malam yang menjelma,
ketika itu..
berkumpulnya dua kumpulan bulatan gembira yang sedang bersiap sedia menadah telinga,mencelik jiwa,mendengar dengan hati pengisian daripada dua orang murobbi terhebat..

suasana santai di kediaman kami sendiri yang terletak di tingkat lapan,
sekali sekali angin menyapa nyaman..
pengisian yang membina jiwa,menbuatkan kami sangat2 teruja..

murobbi kami melontarkan satu soalan,

"suatu hari,kamu memakai baju yang lain dari sebelum2 ini,ttba sahabat kamu menegur,eh cantiklah baju kamu.."
jadi selalunya apa yang kamu akan jawab?

kami terdiam,dlm hati berkata: jawab terima kasih la kan..

sambung murobbi kami kembali:
"ada satu kisah seorg sahabat,hidupnya serba kekurangan,pakaiannya selalunya compang-camping,pada suatu ketika dia mendapat rezeki dari baitulmal utk membeli baju baru,ramai yang menegur,baju kamu cantik sekali,maka apa jawabnya?"
dia menjawab:alhamdulillah..

murobbi kami bertanya:agak2 kenapa dia menjawab begitu?
kami mula melontar idea2 bernas..

kemudian murobbi kami menjawab:
jawapan kamu semua betul2 belaka,contohilah sahabat ini,apabila dia dipuji dia balikkan kepada illahi..itulah yg sewajarnya kita lakukan juga..

jadi aku pun mmbuat kesimpulan:
 jika ingin tahu hati kita sihat,lihatlah saat diri kita dipuji,bagaimana reaksi dan jawapan yg diberi..
 andai hati belum sihat,marilah sama2 sihat2kannya,dengan bagaimana?
perbaiki amalan solat..insyaallah,andai solat dipelihara,akhlak akan turut serta..

Sunday 2 December 2012

peranan sape?suasana atau kita?

di keheningan malam yang menyamankan,berkumpulnya sekumpulan insan2 yg dahagakan mutiara2 hikmah,jua bersama2 membenihkan ukhuwwah...oh sungguh indah saat itu..

ketika bulatan gembira itu sudah di penghujungnya..

murobbi :sekarang ni kita nk semak mutabaah amal kita semua,capai ke tidak?

kami: alhamdulillah,semua tercapai tapi...cuma bangun malam je yg mcm belum lagi..
semua tertunduk bersalah....

murobbi:erm..mcm mne boleh jadi mcm tu?

arisya berkata mewakili semua:kami semua susah sikit nak bangun sbb mcm xda suasana..suasana bangun malam tu xdihidupkan..

murobbi:xda suasana?bkn ke kita yg sepatutnya wujudkn suasana?suasana xhidup ke atau hati2 kita yg xpernah nk hidup?

gedebuk!tamparan hebat buat kami semua..

sehingga kini itulah yg arisya pegang,jgn salahkan suasana yg xhidup tapi salahkan hati yg xhidup..
kitalah yg perlu cetuskan suasana bkn suasana yg mencetuskan kita..

mmg kkdg kita perlukan suasana sbb suasana pun mmbntu kita,ttpi andaikata ketika itu kita hidup di  kelompok manusia yg xpernah buat semua tu,sape yg patut mulakan?kitalah yg tahu dan pernah buat benda tu..

kkdg mmg susah,sbb perlukan kekuatan mujahadah,tapi ingatlah ganjaran allah,insyaallah xda masalah..yg susah kian mudah malah bertambah barakah..

mari sama wujudkan suasana yg indah agar kelak bersama2 mendapat radhitulillah..