Monday 24 April 2017

Bengkel Majalah Al-Hikmah



DAY 1

Selesai kerja kerja menjual di Gerai jualan, terus bergegas balik Kolej Kediaman. Bersiap siap mengemas barang. Jangkaan bertolak pada pukul 3.00 petang tapi terlewat sikit ke pukul 3.30 lebih. Sepanjang perjalanan itu, walau penat seharian di kampus, mulut tak berhenti-henti bercerita. Dari satu cerita ke satu cerita, sehinggalah kami selamat sampai di Seri Bayu Resort Hotel, Bagan Lalang. Selesai check in dan tour di dalam rumah, kami terus menuju ke khemah yang bakal dijadikan tempat dinner malam kami. Menghias dan menyiapkan persiapan malam ini. Petang itu sementara menunggu sunset, kami berjalan di sekitar pantai di situ, menghayati lukisan alam.

Malam itu, setelah selesai bersiap-siap, kami turun ke tempat yang sama, bersiap sedia untuk berBBQ. Pada waktu ini, banyak perkara dapat dipelajari. Bila diperhatiakan, lecturer-lecturer sangatlah busy, terlalu banyak kerja yang perlu mereka lakukan, tapi mereka melayan sangat baik anak-anak mereka. Penuh sabar. Dan membuatku terfikir, mampu ke aku melayan sebegini kelak? Malam itu berlalu begitu pantas, tepat jam 11.00 malam kami semua bergegas pulang ke rumah masing-masing. Iyelah anak dara tak elok balik lambat, gituu.




DAY 2

Hari yang agak berat tapi takdelah berat mana pun sebenarnya, hari ini kami perlu membentangkan segala yang telah kami bincangkan dan seterusnya membuat sesi editing artikel yang telah dikumpulkan. Ketika ini aku belajar cara pemikiran dan gerak kerja para pensyarahku. Bagaimana pengalaman mereka dan cara kerja mereka. Dan waktu rehat,Ustaz Wan dan Madam Roslizawati bercerita mengenai pengalaman mereka ketika belajar di luar negara. Cemburu sangat. Teringin menjadi seperti mereka dan juga mampu pergi ke sana. Mohon Doakan ye.




DAY 3

Hari terakhir, sangat pantas masa berlari lari, hinggakan kami tidak sedar rupanya dah di penghujung sesi bengkel. Hari ini kami membentangkan resolusi perbincangan kami. Cuma sewaktu makan sarapan, kami sempat berborak lama dengan Madam Roslizawati, kali ini fokus cerita beliau lebih kepada Alam Kerjaya dan Rumah Tangga. Pelbagai nasihat yang beliau berikan kepada kami lebih lebih lagi hal rumah tangga dan pemilihan calon. Paling aku ingat, katanya kalau ingin jadi lecturer, kahwinlah selepas habis PHD. Time tu rasa macam mak aihh..tapi for me, it's depends on individu itu sendiri. Ukur baju di badan sendiri.


Habis sesi ketiga kami bergambar bersama-sama. Tak tahulah kenapa, tapi rasa rindu sangat moment ni sebab tu nukilkan di sini cewahh gituu. Tapi seriously sangat best dan sangat terbaik. Jazakumullahu Khairan buat semua para pensyarah terutama Dr Rosmizi yang sangat bersemangat membantu kami. Moga Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran. Moga bengkel ini menjadi satu batu loncatan buat kami untuk sentiasa bermotivasi dan bersemangat merealisasikan matlamat yang kita semua sepakati.Ala kulli hal, Moga sedikit hasil ini nanti mampu membantu dan menjadi saham kita di akhirat sana. 

| Majalah Al-Hikmah | Menyingkap Warisan Keilmuaan