Wednesday 26 March 2014

529 (Syahid Yang Menghidupkan)



Bertalu-talu berita sedih didengari,
Paling sedih berita ini.

Allahu!
Mereka bakal di tali gantung!

Namun sedikit pun mereka tidak gentar,
malah tersenyum lagi sebelumnya,

mereka tahu kerana akhirnya cita2 mereka tercapai,
AlMauti fi Sabilillah, Asma Amanina.

Mereka mungkin mati di dunia,
Tapi hakikatnya mereka sedang bergembira di sana [2:154].

Siapa yang tidak mahu?
Ahh! Cemburunya ku kepada mereka.Allah!



Ayuh kita rapatkan kembali barisan,
teguhkan panji2 rijal islam.

Dunia kini makin tenat,
Dunia kini makin parah...

Sunday 16 March 2014

Follow Him

Kisah 1

"Hah yang ni nama nya blues." sambil menunjukkan pencil casenye
"hah?! pencil case pun nak kena ada nama ke?"
" >_<"




Daripada Ibn Abbas ra. berkata: 
“Bahwa setengah barang kepunyaan Rasulullah mempunyai nama-nama tertentu seperti tunggangannya, senjata dan barangannya. Nama bagi panji nabi ialah “al-Uqab”, nama pedang yang digunakan dalam peperangan ialah “Zu- al-Faqar”, nabi juga mempunyai pedang yang lain yang dinamakan “al-Muhtaram dan “ar-Rusub”. (Tabrani)



Rasulullah s.a.w suka menamakan setiap barang kepunyaanNya, seperti gelasnya adalah ar-Rayyan, mangkuknya adalah al-Gharra’, tekonya adalah as-Shadir, tikarnya adalah al-Kaz,  guntingnya adalah al-Jami‘,  cerminnya adalah al-Mudillah.

sumber: Syeikh al-Allamah al-Muhaddits Yusuf Ismail an-Nabhani, Wasa’il
al-Wushul ila Syama’il al-Rasul (Dar el-Minhaj, Beirut, 2009)
Tafsir Al Azhar

kenapa ya diletakkan nama?

Ada 3 kunci untuk memasuki Syurga :

1 Hablu minna Allah
2 Hablu minna Nas
3 Hablu minna Makhluqat

sumber: TanyalahUstaz TV9

Jadi, apabila kita meletakkan nama ke ats barang2 kita, secara tidak langsung kita telah membina satu hubungan baik dengan Makhluqat.

"Ish macam pelik je"

Memang barang2 kita macam pencil case tu, manusia yang buat, tapi sumber ye dari mana? kebanyakkan nya bersumberkan makhluk ciptaan Allah bukan?

Satu Hari
" ermmm...kita jual jelah kereta ni.." (abang)

Pada esoknya,
" eh kenapa kereta ni tak mahu hidup..." (abang)
" mungkin kereta tu merajuk kut, semalam kata nak jual dia.." (ummi)
" -_-' "

mereka juga berperasaan. tak percaya, cubalah guna ayat tu dekat kereta korang nanti.

Jom kita amalkan gaya dan cara interaksi Rasulullah dalam kehidupan, kite sayang nabi kan?
Let's follow his Sunnah!




Thursday 13 March 2014

Pemuda Kahfi

Setiap hari Khamis malam selalu sudah mula penuh ruang status mukabuka dan pengicau dengan peringatan tentang membaca Alkahfi.




Alhamdulillah, satu kerja yang mengumpul pahala insyaallah. Satu hari, saya membaca sebuah buku karangan Ustaz Hasrizal. 

Ketika membaca buku itu, beliau ada membincangkan isu 'Membaca Alkahfi'. Kita selalu membaca Alkahfi kerana kaifiatnya iaitu salah satunya perlindungan dari Dajjal.


Dalam penulisan beliau itu, beliau menyelar sesiapa yang membaca Alkahfi,hanya sekadar membaca  sahaja. Baca kerana ingin mendapat perlindungan dari Fitnah Dajjal.

Saya terkesima.
Pada mulanya saya kurang mengerti kenapa beliau berkata begitu?
Dan sekarang alhamdulillah saya mula memahami.

Tahukah kita kisah sebenar Pemuda Alkahfi yang diceritakan Allah dalam Surah Alkahfi ayat 9-22?

Ashabulkahfi- kisah sekumpulan pemuda beriman yang melarikan diri ke sebuah Gua kerana ingin menyelamatkan AQIDAH mereka dari pemerintah zalim di waktu itu.

Mereka tidak gentar mengatakan ketauhidan mereka di hadapan pemerintah itu. kerana apa? kerana kuatnya iman dan keyakinan terhadap Allah.

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." 

Rupanya inilah maksud Ustaz Hasrizal, apabila kita tadabbur Surah ini, kita dapat kunci bagaimana hendak melindungi diri dari Fitnah Dajjal.




Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


kuncinya: Mantapkan Aqidah seperti Aqidah Pemuda Kahfi.

Sunday 9 March 2014

Jagalah Keluarga Kita




8 FEBRUARI 2014

kehilangan MH307, menjadi suatu tragedi yang amat menyedihkan buat kita semua, lebih-lebih lagi keluarga waris yang mengalami kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka,

seandainnya, kitalah salah seorang daripada itu, pasti suatu yang amat menyedihkan, dan menduka-citakan. kita akan merasa sedih dan pilu bila mendengar khabar kematiaan ahli keluarga kita.

namun,sama-sama kita berfikir sejenak, ketika di akhirat kelak, di padang mahsyar, semua sibuk dengan amalan masing-masing, kita tidak akan menghiraukan siapa-siapa pun.

maka, seandai, tiba-tiba salah seorang ahli keluarga kita *nauzubillah min zalik dijunamkan oleh Allah ke dalam Neraka, apa perasaan kita?

ingat peringatan Allah dalam Al-quran :



jadi, ayuh sama-sama kita berpesan-pesan dengan ahli keluarga kita dahulu, kita tarbiyah ahli keluarga kita dahulu, kita mengajak dan menegah di dalam ahli keluarga kita dahulu. Agar kita sama-sama dapat bersama di dalam Syurga NYA.