Saturday 8 February 2014

insan teristimewa

Setiap kita pasti ada seseorang yang teristimewa dalam hati.

Seseorang itu pasti menjadi teristimewa kerana pelbagai asbab.

untukku,

sudah semestinya kedua ibubapaku :)



kerana apa?

"saya mempunyai ramai adik beradik,ayah saya seorang sahaja yang bekerja,dia sanggup bekerja keras demi menyara kani semua"

salah satu ayat yang aku ungkapkan tika kem motivasi SRIH 2006.

Ayahku,

bekerja bukan sahaja memastikan kami peroleh cukup keperluan, tapi juga tarbiyah yang secukupnya.

semua adik beradik kami lepasan SMIH dan SRIH.

rasanya tidak terhitung jari mengira tanggungan ayahku.

Ibuku,

dialah peneman setia ku,

aku sakit dia setia bersamaku.

tak terungkap lagi jasanya tika menanggung kesakitan melahirkan adik beradik ku.

setiap insan ada kelemahan,namun bagiku sudah cukup untukku melupakan segala kelemahan itu dek kepayahan dan pengorbanan mereka yang mengunung.


ummi abah,
anakmu ini bukanlah anak yang sebaik uwaiz al-qarni,
yang sanggup mengangkat ibunya dari Yaman ke Mekahtul Mukarramah,

ummi abah,
anakmu ini bukanlah anak yang sebaik fatimah az-zaharah,
yang setia di samping baginda muhammad s.a.w tika susah dan senang dalam kerja dakwah,

namun,
ummi abah,
anakmu akan sentiasa cuba menjadi anak yang terbaik untukkmu,
anakmu akan sentiasa berusaha menjadi anak yang sejuk mata memandang buat dirimu.

moga kita bersama di Jannatul Firdausi.

Love You until the end of my Life.



Sayangilah ibubapa kita sebelum salah satu dijemput illahi atau kita dahulu pergi meninggalkan mereka buat selama-lama nya.