Friday 24 May 2013

saya mahu jadi DAGANG!

tika kami sedang makan di restoran..

abang lang sedang beratur membeli air minuman,tika turn dia..

"bagusnya family kamu,semuanya berpakaiaan muslimah,ikut syariat,kalau ikutkan dekat sini jarang sekali hendak nampak.."

di pusat membeli belah..

"ish tak selesa lah.."kataku.
"kenapa"tanya akakku.
"orang tengok macam pelik je kat kita.."jawabku.
"biasalah tu,sebab orang jarang nampak...takpa yang penting kita ikut nilaan allah kan?"

dahulu islam datang dalam keadaan asing,orang tak kenal,dan ramai tak mengenalnya.setelah itu baru islam mula sudah ditampuk yang tinggi,menjadi ustaziyatul 'alam ini,namun setelah islam merundum,jatuh tersembam,islam mula kelihatan asing kembali,mereka yang mengamalkan syariat terasa orang asing yang datang ke bumi..

mereka yang menutup aurat,memakai tudung litup kemas,terasa seperti orang kampung ketinggalan zaman,orang yang kata "no couple" ibarat manusia yang kuno dan low standard..

hakikatnya benarkah?

sesekali tidak!tidak mengapa kamu dipandang serong manusia,tidak mengapa kamu dikeji oleh mereka,yang penting kamu mengikut aturan ajaran rasul tercinta,jua allah pencipta kita semua.

saya mahu jadi DAGANG!

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.


Friday 17 May 2013

kuasa di tangan SIAPA?


selepas mengemas di dapur..

"Eeee nape banyak sangat kelekatu ni.."jerit adikku.
lantas ku menoleh ke arahnya..

"mungkin nak hujan kut"

"yeke?mana akak tahu?"

"opah kata.."jawabku sambil tersengih.

"opah??"

"yelaaa..opah upin ipin..hehehe"

setelah selesai solat maghrib,ku capai buku cintaku alquran kalamullah,seraya ingin ku buka lembaran itu,tiba-tiba adikku datang ke sisi..

"akak..akak tak rasa panas ke?"

aku hanya diam,tak mengiakan tak menidakkan..
tika itu sudah hampir dua hari,hanya mentari sahaja yang memunculkan diri,memancarkan cahaya teriknya sepanjang hari..jikalau ku mengiyakannya,ku takut seolah ku tak syukuri nikmatnya..

jangkaan kami semua malam tu akan hujan,kerana banyak kelekatu merata di rumah..
tapi....

esoknya pukul 12.00 tengahari

guruh mula berdentuman,gerimis hujan mula berjatuhan..


"Allah jualah yang menghantarkan angin lalu angin itu menggerakkan awam kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakkiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakkiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira" [ar-rum:48]

betapa kerdilnya kita,betapa agungnya dia yang maha kuasa,kita hanya menjangka tapi ketentuaannya bila itu atas kuasanya..alhamdulillah,alhamdulillah!



Monday 13 May 2013

uhibbukifillah!


sahabat..
sungguh ajaib ukhuwwah kita berdua,
meski kita tak bersua muka hanya tahu nama,
tapi mesranya kita macam da kenal bertahun lamanya,

sahabat..
senangnya hatiku takala menyambut salam perkenalanmu,
syukurnya hatiku kerna DIA yang esa mempertemukan dirimu untukku..

sahabat..
ujian mu kini untuk tingkatkan darjatmu disisi illahi,
ujian mu kini DIA bagi kerna DIA yakin dirimu mampu harungi,
percayalah kataNYA :
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (al-Baqarah 286)

sahabat..
ku kagum dengan dirimu..
kerna fikrahmu sangat jitu..
walau pelbagai kata dan nista.
dari mereka di luar sana..
tapi kau tetap teguh memegang panji agamanya..

"ya allah..kuatkanlah dia takala dia lemah tak bermaya,jagailah dia takala ada yang menganggunya,sayangilah dia..tetapkanlah hatinya agar sentiasa dalam ketaatan padamu yang maha kuasa"

sahabat..uhibbukifillah!

Tuesday 7 May 2013

PRU..pru..PRU

tika 5 tahun dahulu..

diriku tak pernah mengambil tahu mengenai benda itu,bahangnya pun tak pernah rasa di kalbu,eceh!tapi betul!bendalah tu nak berlaku bila pun tak tahu,masa time keputusan diumumkan pun,hanya makayah diriku je yang ada kat dekat tb tu,yg len,merengkok di bilik masing2.saya pergi jugak sekejap tengok tb,tpi sekejap jelah,tak faham dan tak minat.

tapi..itu dulu,tika diriku belum tahu mengenainya dan kepentingan kita mengetahuinya jua ambil kisah tentangnya.setelah belajar dalam sejarah form5,baru ku faham.bila ku menginjak umur 19tahun,baru ku ambil  peduli,yang benar2 peduli.

tika sedang menunggu keputusan PRU..

hatiku berdebar,dan ku yakin seluruh rakyat malaysia juga berdebar,berdebar menanti keputusan yang bakal mengubah haluan nagara kita.status di fb dan twitter kian rancak,berkata mengenai result,ramai antaranya,tak henti2 berdoa.

setelah selesai..

"bila tengok kat twitter dan fb,memang nampak macam ramai rakyat da bangkit,tapi kebanyakkannya mereka yang berumur macam kita,belum boleh mengundi" kata akakku.

time tu ku mula terfikir,mungkin bukan sekarang,tapi tika turn kita nanti,siapa tahu?kita merancang,tapi perancangan allah lagi terbaik!

maka,ku percaya,kemenangan itu pasti menjelma..bila dan bila?tak perlu kita menanti tapi hanya perlu menpersiapkan diri,dan ummah!

sungguh pertolongan allah itu amat dekat...

                                                       بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ (١) وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجً۬ا (٢) فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا (٣

Wednesday 1 May 2013

darah daging

tika di asrama dahulu..

"assalamualaikum ummi..!!"
"waalaikumussalam.."

ceria hatiku bila mendengar suara ibuku,terubat sedikit rindu yang bertamu..tiba-tiba di gangang telefon,ku terdengar suara jeritan..

"mizaaaaah!!!!"

aku tergelak bila mendengar suara mereka,adik beradikku yang ku sayangi,darah dagingku,saudara kandungku..
tiap kali aku pulang ke rumah,mereka menyambutku penuh kesukaan..rindu la katakan..saat ku perlu pulang semula ke sana..

"miza dah nak balik ke?"
"a'aaaah"
"alaaa,bila boleh datang balik?"
"hrmm,tgok la cuti nnti"

itu adik perempuan ku,biasalah perempuan kalau rindu cakap je rindu,takde sorok2,kalau adik laki ku,ku tahu walau dia tak mengaku rindu,dari riak reaksi dia sudah ku tahu..

hari ni aku dan akak ku duduk di rumah akak ku di selangor,sekali tu mak aku call kami di sini,tika adikku ingin bercakap dgn aku dan akak ku,dia menangis sedih dan suruh balik cepat.

mana mungkin kita tak rindu mereka,tak sayang mereka,mereka disakiti,kita juga turut rasai,bayangkan diri kita ini adalah sebahagian daripada mereka,allah ciptakan mereka dan kita dari asal ibubapa yang sama.

namun,lihatlah di luar sana,ada sebahagian daripada mereka,bergaduh antara adik beradik mereka,dengki sana benci sini..nauzubillah.

justeru,binalah dalam diri anak2mu atau adik2mu atau saudara2mu rasa kasih sayang antara satu sama lain.ajar pelihara solatnya jua hubungan dia dengan maha pencipta.

sayangi mereka,raih tanganya untuk sama2 menuju syurga cinta maha kuasa!



"ya allah ku pohon padamu,agar dirimu kumpulkan kami semua di syurgamu yang luar biasa,jauhkanlah kami dari azab seksamu yang pedih,naungkanlah kami dengan rahmatmu,kekalkan ikatan kemesraan kami,suburkanlah kasih sayang antara kami,usah kau biar kami berbalah di akhirat nanti,ampun segala dosa kami..."