Saturday 18 March 2017

Cintaku Tertinggal di Bumi Kenyalangg :)


Sudah hampir sebulan ditelan arus masa segala memori Misi Sukarelawan Siswa YSS Asean Ke Miri Sarawak. Namun lakaran kenangan terindah di sana masih mengusik di kalbu jiwa buat semua para sukarelawan yang berbakti di sana. Alhamdulillah walau sudah berjauhan namun ikatan persahabatan juga kasih dan sayang masih tetap utuh hingga ke hari ini. Misi ini bukan sahaja mendidik dan membentuk kami berfikir dan bertindak seperti Pemimpin malahan memberi banyak pendedahan buat kami semua dengan pelbagai skill dan pengalaman. 

"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" itu yang mampuku katakan setelah lebih 2 minggu mengikuti Misi ini. Ya, walaupun semenjak di tahun satu lagi, saya sudah banyak kali mengikuti program - program sukarelawan di atas sebab saya merupakan salah seorang ahli majlis tertinggi di dalam Persatuan Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa USIM, namun misi  ini jauh berbeza cara pengendaliannya dan impaknya juga jauh lebih besar. Aku yang dahulu tak pernah mengembur tanah, menanam pokok, mencangkul tanah malah memotong buluh, namun di sini segalanya telah saya lakukan. Dahulu, tangan kekok untuk melukis namun dari misi ini aku belajar melukis bukan di kertas tetapi di dinding. Pergi ke Misi ini ibarat saya menjadi pelbagai manusia, kadang kadang menjadi arkitek, kadang kadang bertukar kepada pendidik dan kadang kadang bertukar menjadi perkebun juga kadang kadang menjadi nurse.


Yang paling manis, saya dapat belajar budaya di sini, bergaul dan hormat menghormati antara satu sama lain meski kita berlainan agama dan dari suku yang berbeza. Immersion yang ingin diterapkan oleh YSS ke dalam diri setiap peserta Sukarelawan di sini ku kira ianya berjaya digapai. Kerana jika ingin dikira sememangnya terlalu banyak adat budaya yang diajar oleh Host Family kepada kami, yang paling akan ku ingat ketika Majlis Ranyai, bukan hanya kerana ianya upacara yang pertama kali ku lihat namun ianya kerana di dalam upacara inilah terukir sejarah hidupku menari tarian ngajat maka secara tak langsung menjadi satu catatan diari kehidupanku buat pertama kali dalam sejarah hidup menari tarian ngajat. Sekalung ribuan terima kasih buat Dato Zuraidah yang sentiasa memberi suntikan semangat buat kami, dan mengajar kami menjadi bukan sekadar pemimpin sukarelawan yang biasa biasa tetapi yang luar biasa in sha Allah. Juga kepada semua rakan rakan sekampung RH Mentali, yang tak jemu mengajar aku, dari zero kepada hero. Seterusnya seluruh keluarga RH Mentali yang banyak memberi bantuan juga layanan yang terbaik kepada kami.




Moga terus dibuka peluang untuk terus belajar dan belajar.