Monday 19 November 2012

Hijrah Hati,harus bagaimana?


1434h,sudah membuka tirainya..

saat itu arisya mula merangka hijrah yg ingin dilakukannya..berhenti sejenak berfikir sambil mendengar radio,pengisian daripada ustaz Pahrol..

sedang asyik mendengar dan mencerna maklumat yg disampaikan,hatinya tiba2 tersentak apabila mendengar butiran daripada ustaz pahrol..

"jika kita ingin baiki dunia,kita perlu baiki manusia,jika kita ingin baiki manusia,kita perlu baiki hatinya,jika kita ingin baiki hatinya,baikilah SOLATNYA"

hati?bukan semudah utk dibaiki,kerna kita hanyalah manusiawi,yg hatinya sering turun naik,dan berbolak- balik..

maka baikilah solat kita dahulu,agar hati mudah dipandu..

jika kita sebelum ini selalu solat lima waktu,selepas ini kita pastikan pula kita sering solat awal waktu..
fahami,hayati serta mendalami makna setiap bacaan solat juga pergerakan yang terkandung dalam solat.

hijrah hati kita dengan menghijrahkan solat kita..
andai solat dapat dijaga..insyaallah hati akan terpelihara dari mengingati perkara yg alpa kepada mengingati hanya yg esa..

No comments: