Friday 18 January 2013

curahan air wudhu'mu



jam menunjukkan pukul 3 petang,tak lama lagi adik kesayangannya bakal pulang dari persekolahan..

"assalamualaikum!!!"

hah!dah sampai pun!

"adik dah balik!!"

"kakak,nah ini buku yang akak pesan hari tu"

"owh,terima kasih adik kecil!"

tidak sabar dirinya mahu membaca segala isi kandungan dalam buku itu,nikmatnya bila meneguk ilmu milik yang esa!

satu lebaran muka surat dibuka,tajuknya memukau dirinya,mari sucikan diri dengan berwudhu'

jika kita fahami secara amnya,wudhu' merupakan salah satu syarat sah solat kita,namun sejauh mana diri kita memahami setiap gerak geri basuhan wudhu' kita.

sebenarnya apabila kita berwudhu' kita bukan sahaja telah menyucikan anggota badan kita,malah kita mampu menyucikan rohani kita.

saat kita mula mengambil air bagi berwudhu',berkumur2 dgn air jernih itu,berdoalah agar kelak lidah kita menjadi lembut basah dengan ayat suci kalamullah,saat kita mula membasuh tangan kita,bayangkan dan berdoa moga kelak di padang mahsyar,tangan kanan kita yang menyambut huluran catatan amal kita,saat muka kita dibasuh suci,berdoalah agar kita mampu mencium haruman syurgawi,saat air basuhan di kaki mula menyinggahi,berdoalah agar kaki ini kelak mampu bergerak berlari sepantas kilat di titian sirat nanti.

ayuh bersama2 kita pertingkatkan kualiti amalan pada illahi dgn kita cuba menyelami makna setiap basuhan wudhu' pada anggota diri,insyaallah ia bukan sahaja mampu menyucikan hati dan rohani malah menghadirkan khusyuk dlm diri ketika solat nanti.

No comments: