Wednesday 20 November 2013

MUET versus B.I ( Year 6 )


kakak di sebelah,menelaah buku MUET,adik di sisi,mengulang kaji buku ENGLISH UPSR.

sesekali adik bertanya akak nya soalan yang tidak difahami.

sesekali adiknya juga menjenguk kerja akak nya.

"tak Faham langsung" kata adik.

kakak tersenyum.

kakak pula tengok kerja adik,eh nampak senang pulak?kalau dulu rasa macam susah saje.

hakikatnya,

kedua-dua belajar subject yang sama,hanya beza level sahaja.

hakikatnya,

bila makin besar,makin tinggi level nya,

hakikatnya,

level itu semestinya mengikut kemampuan kita..

samalah juga 'UJIAN KEHIDUPAN'.

yang Allah hadiahkan setiap insan.

bukan satu bebanan,tapi satu warna dalam kehidupan.

satu pelangi dalam hujan.

ujian nya sentiasa berbeza.

dan mengikut kemampuan kita.

bila kita sudah berjaya atasi,

level kita akan meningkat.

maka...

tak usah menangis tika hujan,

redah lah ia dengan riang dan penuh kegembiraan,

kerana yakinlah kepada Allah,

pasti akan datang mentari yang menyinar.

UJIAN adalah TARBIYAH.

p/s: prays for my muet.




No comments: