Saturday 14 October 2017

Kenapa perlu bersukarelawan?


Chat.

" Saya suka kerja khidmat masyarakat tapi bukan berkhidmat masyarakat kepada gelandangan, why saya tak suka, saya tak tahu "

Throwback seketika sewaktu diberi amanah untuk memberi sedikit pengkongsiaan mengenai dunia kesukarelawanan di pentas bicara siswi kepada mahasiswi USIM. Sewaktu itu, terasa kerdil bila digandingkan dengan Prof Norita, pengalaman dunia sukarelawan bonda Norita jauh lebih tinggi dariku. Namun ku cuba juga sebaiknya memberi input kepada audience yang ada.

Sukarelawan - Sering orang kata ianya terbina dari perkataan Suka dan Rela. Namun ku cuba merungkai makna sukarelawan menurut persepsiku sendiri. Sebab apa, jujur diriku mula menjengah dunia sukarelawan ini bukan atas dasar suka. Bukan atas dasar rela. Bersukarelawan bukanlah jiwaku. Jauh sekali minatku. Tapi ku cuba jua mengikuti sikit demi sedikit program yang ada. Dan setelah sekiannya, sesuatu yang ku temui dalam erti makna sukarelawan ini dan ianya amat manis sekali.

Sukarelawan - Satu kerja yang bukan hanya perlu rasa suka dan rela tapi ianya satu kerja yang sememangnya dituntut oleh setiap manusia. Islam sendiri ajar kepada kita untuk berbuat baik sesama manusia. Di dalam ajaran - ajaran agama lain seperti christian, hindu, buddha mahupun jewish sangat menekankan aspek berbuat baik sesama manusia. Dan ianya amalan yang paling mulia. Dan kerana itu, kita mampu lihat pelbagai bangsa dan agama berebut - rebut ingin menjadi sukarelawan.

Sukarelawan - Satu kerja yang bukan sahaja diri kita dapat menyumbangkan sesuatu kepada manusia tapi ianya mampu membentuk jiwa diri kita. Teringat dahulu sewaktu diriku masih mentah dalam dunia sukarelawan ini, disuruh waktu itu membuat ujian personaliti diri. Dan waktu itu keputusan yang ku perolehi ialah dengan warna emas menjadi markah tertinggi buat diri manakala biru menjadi markah paling terendah dan jauh ketinggalan berbanding warna lain seperti hijau dan jingga. Perwatakkan orang berwarna emas ini agak perfectionist, langsung tak reti nak faham orang lain. And biru pula, seorang yang kuat mainan emosi, mudah simpati dan impati kepada manusia lain. Namun setelah setahun mengikuti program sukarelawan ini, segalanya berubah, kesemua warna ku stabil. Emas makin mengurang dan biru makin menaik. Sukarelawan mengubah sikapku yang dahulu.

Ku cuba lagi menerokai erti dunia sukarelawan ini, dan ku dapati menjadi sukarelawan ini bukan buat kerja untuk mendapat sesuatu imbalan yang lumayan di mata tapi imbalan yang lumayan di jiwa. Sukarelawan ini bukan hanya kita memberi tenaga malah kita memberi jiwa. Sukarelawan mengajar kita erti hidup pada memberi dan menyebarkan bahagia pada seluruh manusiawi. Dan sukarelawan itu buatku, adalah kita memberi apa sahaja yang ada dalam diri untuk membuat manusia tersenyum gembira, ceria dan bahagia.

Sukarelawan bukan hanya kerja kita tapi kerja nabi kita. Andai kita mahu menjadi sebaik baik manusia di bumi, dirindui penduduk bumi dinanti penduduk langit, bersukarelawanlah, berbaktilah kelak kita temui manisnya memberi.

:)

No comments: