Sunday 28 April 2013

syukur,mudah?

selepas selesai makan..

aduh!sakitnya perut.." perut mula meragam,setiap kali makan,pasti aku akan berlari ke tandas.sakit dan pedih.malam itu pula,suhu badan ku mula menaik,kepalaku mula dedar.

aku mula muhasabah,bagiku ini adalah ujian dia untukku,mungkin kerana sebelum ini aku menyalah gunakan nikmat makan yang diberi olehnya.

aku juga teringat sebelum ni,aku pernah sakit gusi kerana gigi baru nak tumbuh.memang sangat sakit sampai sukar untukku bercakap.tika itu juga aku terfikir mungkin allah nak aku berpuasa dari berkata2,mungkin tika itu aku banyak berkata sia-sia.

bila dalam keadaan seperti ini,aku mula terfikir,kesakitan yang aku alami ini hanya sedikit sahaja berbanding mereka yang lain.maka seharusnya aku bersyukur dan tidak merungut.

"ya allah hindarkanlah aku dari menjadi seorang hamba yang mendustai nikmatmu"

ingatlah,

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. ( Saba’ : 13 )

moga kita sentiasa tergolong antara hambanya yang bersyukur.

No comments: