Wednesday 17 July 2013

jom istighfar!

sering kali kita mengaitkan,jika ingin meminta keampunan beristighfar sebanyak mungkin.ingin menghapus segala dosa dan noda,istighfarlah.namun ada banyak juga kelebihannya.apa antaranya ye??


diceritakan satu kisah mengenai seorang ulama' besar islam,jua merupakan imam empat orang mazhab iaitu imam ahmad bin hanbal.

satu ketika,hatinya tiba2 terasa begitu ditarik2 untuk menunaikan solat di satu masjid ini.maka pada malam itu,pergilah beliau ke sana.

setelah selesai solat jemaah di sana,memandang masjid itu jauh dari rumahnya,maka beliau bercadang untuk beriktikaf sahaja di situ.namun tika beliau ingin duduk beriktikaf datang penjaga masjid kepada beliau.

katanya, "maaf tuan,tuan tak boleh beriktikaf di dalam masjid ini"

beliau terkejut,namun beliau berkata,"baiklah sekiranya begitu,saya hanya duduk di luar koridor ini sahaja"

namun kata penjaga itu,"maaf tuan tak boleh juga"

ketika beliau dan penjaga masjid itu sedang berhiwar,seorang lelaki sedang memerhatikannya dari jauh.kemudian datang lelaki itu kepada beliau dan bertanya kenapa,apa yang berlaku?beliau pun menerangkan kepada lelaki itu.

setelah lelaki itu mendengarnya,maka dia pun berkata, "xpalah kalau begitu tuan sila lah jemput ke rumah saya,rumah saya dekat sahaja,sebelah masjid ini sahaja"

beliau pun setuju.tika lelaki itu menyiapkan tempat tidur beliau,tika itu beliau mula terfikir,kenapa ye dia sanggup datang jauh2 semata2 hendak solat di sini?

setelah lelaki itu selesai menyiapkan tempat tidur beliau,beliau pun berkata,"tuan,tuan rehatlah dulu di sini,saya ada keje sedikit di dapur."

lelaki itu merupakan penguli roti,setiap malam dia akan menguli roti untuk dijual esok harinya.takala itu,imam ahmad hanbal terdengar,setiap kali tangan nya menguli,dia beristighfar istighfar istighfar..

imam hanbal makin hairan,kenapa semua ni?maka dia pun berjumpa dengan lelaki itu di dapur.imam ahmad hanbal pun bertanya,"wahai saudara,kenapa kamu beristighfar setiap kali menguli roti ini.."

kata lelaki itu..
"sebelum ini,setiap kali permintaanku tak pernah allah tidak tunaikan,namun kali ini ada satu permintaan yang sampai sekarang tidak tertunai2."

tanya imam ahmad bin hanbal "apakah permintaamu itu?"
jawab lelaki itu "saya teringin ingin berjumpa seorang ulama' besar yang sangat disegani ini,saya teringin berjumpa dengan beliau...iaitu imam ahmad bin hanbal"

subhanallah!!hebatkan?!
jadi dengan istighfar kita bukan sahaja mampu menghapus dosa,jua mampu memberi seribu rahmat dan kebaikan buat kita.

maka ayuh sama2 kita beristighfar sebanyak2 mungkin,lebih2 lagi di bulan mulia ini.abu hurairah selalu beristighfar sehari 1000 kali.ade yang dapat lawan beliau??tepuk dada tanya iman kita.

daripada ibnu abbas r.a rasulullah s.a.w bersabda:
"barangsiapa yang selalu beristighfar,nescaya akan diberikan allah kepadanya kemudahan dalam kesempitan,kesenangan dalam setiap kesedihan,dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya"
[HR Abu Daud]




No comments: