Sunday 6 October 2013

kerana CINTA


hujan membasahi bumi,
tika tandus dengan air yang suci,
angin bayu menghantar gembira hati,
menyejuk sanubari tika terik mentari,

tika tangis sedu berlagu pilu,
dengan ujian menimpa bertalu-talu,
datang pertolongan tanpa diseru,
senyuman mula terukir di kalbu,

tika terbit rasa cinta,
hatiku bergolak tak semena,
dihambat rasa resah di jiwa,
fikiran runcing fikirkannya,

tika itu,
terfikir di benak mindaku,
patutkah ku melayan cinta?
sedangkan bukan dia yang beri ku segala,
patutkah aku dibuai cinta?
sedangkan bukan dia yang ubatiku tika duka,

wajarkah aku melupa pemberi hadiah cinta,
gara-gara terlalu asyik dengan kandungan hadiahnya?
wajarkah aku melupakan pencipta cinta,
yang menciptakan rasa cinta pada manusia,
yang memberi nikmat tanpa berkira.

maka kerana CINTA,
ku pendamkan rasa di dada,
kerana CINTA,
ku mujahadah demi redhannya.

dan kerana CINTA,
ku tak sedih tika duka,
ku tak sunyi tika sendiri di dunia.



No comments: