Friday 17 May 2013

kuasa di tangan SIAPA?


selepas mengemas di dapur..

"Eeee nape banyak sangat kelekatu ni.."jerit adikku.
lantas ku menoleh ke arahnya..

"mungkin nak hujan kut"

"yeke?mana akak tahu?"

"opah kata.."jawabku sambil tersengih.

"opah??"

"yelaaa..opah upin ipin..hehehe"

setelah selesai solat maghrib,ku capai buku cintaku alquran kalamullah,seraya ingin ku buka lembaran itu,tiba-tiba adikku datang ke sisi..

"akak..akak tak rasa panas ke?"

aku hanya diam,tak mengiakan tak menidakkan..
tika itu sudah hampir dua hari,hanya mentari sahaja yang memunculkan diri,memancarkan cahaya teriknya sepanjang hari..jikalau ku mengiyakannya,ku takut seolah ku tak syukuri nikmatnya..

jangkaan kami semua malam tu akan hujan,kerana banyak kelekatu merata di rumah..
tapi....

esoknya pukul 12.00 tengahari

guruh mula berdentuman,gerimis hujan mula berjatuhan..


"Allah jualah yang menghantarkan angin lalu angin itu menggerakkan awam kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakkiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakkiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira" [ar-rum:48]

betapa kerdilnya kita,betapa agungnya dia yang maha kuasa,kita hanya menjangka tapi ketentuaannya bila itu atas kuasanya..alhamdulillah,alhamdulillah!



No comments: