Saturday 8 June 2013

maidah cuisine


selepas berjam2 di dalam kereta,kami sekeluarga singgah di restoran tempat abang ku berkerja,Maidah cuisine.

bukan ingin mempromote restorannya yang sedaaaap makanan nya,tapi mempromote disebalik restoran ini.
alhamdulillah restoran ini pemiliknya org melayu,dan saya kira cukup baik orgnya.

apa yang saya sangat kagum,restoran ini,bila waktu solat mula menjengah,segala aktiviti dehentikan,kedai akan ditutup sebentar,mereka akan bersolat jemaah!

bukan setakat tu je,mereka akan membuat ceramah panggil ustza2 beri pengisian!allahuakhbar!

saya juga teringat sebuah kedai sukan,yang saya kira semua kenal dan tahu namanya, kedai al-ikhsan.kedai ini telah mencipta kejayaan yang besar dalam perniagaan.bila dilihat cara mereka laksanakan perniagaan,allah!memang terbaik!

maka aturannya mudah,tidak kira apa profesion kerja kita nanti,sebagai guru , QS ustaz , pendakwah , doktor , pelajar buatlah kerja kita kerana DIA.

tajdid NIAT dari mula berkerja,andai itu asasnya insyaallah kita akan takut melakukan penyelewengan hatta membelakangkan tuntutan wajib dalam islam.

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).
Maksudnya:
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
waallahu 'alam.

No comments: